• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Tricity 125, Tricity 155 ABS (2023) Lancar di Jepun, Harga RM16k, RM18k

Yamaha Tricity 125, Tricity 155 ABS (2023) Lancar di Jepun, Harga RM16k, RM18k

July 4, 2023 By Abang Hirata 7 Comments

318
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA memperkenalkan duo Tricity 125 dan Tricity 155 ABS (2023) untuk pasaran Jepun dengan menampilkan beberapa perubahan. Enjin BlueCore digunakan kedua-dua model mematuhi piawaian emisi ekzos 2020.

Yamaha Tricity 155 ABS (2023) menggunakan kepala silinder baharu yang membentuk kebuk pembakaran kompak dengan nisbah mampatan dinaikkan daripada 10.5:1 kepada 11.6:1 untuk pembakaran lebih cekap. Diameter injap masuk pula dibesarkan kepada 20.5mm untuk ambilan cekap.

Sistem Smart Motor Generator (SMG) berfungsi sebagai motor penghidup ketika enjin dihidupkan yang turut berfungsi sebagai generator ketika motosikal ditunggang.

Penggunaan SMG bermakna enjin Tricity tidak memerlukan motor penghidup konvensional dan gear pengurangan yang menyumbang kepada pakej lebih ringan, kompak dan proses menghidupkan enjin lebih senyap.

logo-yamaha-tricity
yamaha-logo

Satu lagi ciri canggih ialah Sistem Henti & Mula (Stop & Go) yang menghentikan operasi enjin apabila skuter tiga roda ini berhenti, seperti di lampu isyarat, sekali gus mengurangkan penggunaan petrol.

Dari segi kuasa, enjin Tricity 155 menghasilkan kuasa 13hp @ 8,000rpm dan tork 14Nm @ 6,500rpm, manakala enjin Tricity 125 menghasilkan output 10hp @ 8,000rpm dan tork 11Nm @ 6,000rpm.

Sistem stereng LMW Ackermann Geometry terbukti pada model lebih besar seperti Niken dan Tricity 300. Sistem itu disesuaikan untuk kedua-dua Tricity 125 dan 155.

Dengan mengoptimum keseimbangan bahagian suspensi depan, pengendalian motosikal ini jadi lebih natural dan kontak dengan jalan raya menyumbang kepada tunggangan selesa. Kedua-dua model menggunakan frem baharu yang dapat mengekstrak prestasi enjin cekap dan meningkatkan keselesaan tunggangan.

Kedudukan mounting enjin diubah untuk pengendalian berkualiti dan natural, kestabilan di laluan lurus baik dan keselesaan tunggangan.

Jarak roda dipanjang daripada 1,350mm kepada 1,410mm, dan bahagian belakang dipasang penyerap hentak baharu dengan ukuran lebih panjang. Pasukan jurutera turut mengoptimum kadar respons spring dan daya redaman untuk tunggangan berkualiti dan selesa.

yamaha-y-connect-yamaha-tricity
Yamaha TRICITY 125 2023.02

Tidak hanya kerja kejuruteraan, Yamaha turut memberi perhatian kepada teknologi dan Tricity boleh dihubungkan dengan aplikasi telefon pintar Y-Connect.

Pelbagai maklumat disediakan pada panel meter motosikal, seperti makluman panggilan masuk, e-mel, kadar bateri telefon pintar dan sebagainya. Menerusi telefon pintar, pengguna kini boleh membaca kelajuan enjin, bukaan terotel, status ECO dan sebagainya. Aplikasi Y-Connect juga membantu mengesahkan lokasi terakhir motosikal diparkir.

Satu lagi ciri canggih ialah Kunci Pintar yang tidak memerlukan penunggang memulas kunci seperti biasa, sebaliknya hanya perlu menekan butang untuk menghidupkan enjin.

Yamaha juga mereka semula panel meter. Lebih praktikal, lantai kaki dibesarkan hampir 20mm, dan lampu depan ditambah baik dengan jarak pencahayaan lebih besar.

Yamaha Tricity 155 ABS (2023) dijual pada harga 566,500 yen (RM18,615), manakala Yamaha Tricity 125 (2023) berharga 495,000 yen (RM16,265).

BACA >>> Yamaha Pamer Konsep Enjin Hidrogen di AEE 2023
BACA >>> Cuma 5k Unit Yamaha Y16ZR Doxou Tech Art (2023) Dijual, Harga RM11.8k dan Dapat Sijil!

Yamaha Tricity 125 (2023)
Yamaha TRICITY 125 2023.01
Yamaha TRICITY 125 2023.02
Yamaha TRICITY 125 2023.03
Yamaha TRICITY 125 2023.04
yamaha-tricity-125-1
yamaha-tricity-125-2
Yamaha Tricity 155 ABS (2023)
Yamaha TRICITY 155 ABS 2023.02
Yamaha TRICITY 155 ABS 2023.01
Yamaha TRICITY 155 ABS 2023.04
Yamaha TRICITY 155 ABS 2023.03
yamaha-tricity-smart-key
yamaha-y-connect-yamaha-tricity
yamaha-tricity-155-1
yamaha-tricity-155-2

Related

318
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, Yamaha, Yamaha Tricity, Yamaha TRICITY 125, Yamaha TRICITY 125 2023, Yamaha Tricity 155, Yamaha TRICITY 155 ABS, Yamaha TRICITY 155 ABS 2023

Comments

  1. Happyborn says

    September 4, 2023 at 10:47 PM

    Where in Penang can buy this tricity 155?
    Any contact?

    Reply
  2. Karl says

    October 18, 2023 at 3:54 PM

    Harapnya sangat HLY bawa Souter 3 roda Tricity ini mcm lg stabil je Souter 3 roda ni

    Reply
  3. Faisal says

    October 25, 2023 at 9:34 AM

    Salam,

    Boleh saya tahu di mana saya boleh beli Tricity Yamaha di Malaysia. Ada cara atau kedai yang boleh uruskan kemasukan jika beli di Thailand contohnya? Saya berminat.

    Reply
  4. Ali Othman says

    January 4, 2024 at 11:03 PM

    Saya berminat nak membeli sebuah tricity Yamaha..macam mana saya beli

    Reply
    • Azhan O says

      May 16, 2024 at 1:29 PM

      Tak masuk Malaysia

      Reply
  5. Nazri bin Manap says

    February 28, 2024 at 6:25 PM

    Tahun 2024 sudah ada jualan ke yamaha tricity di Malaysia

    Reply
  6. Ye Cheong Tai says

    July 7, 2024 at 3:08 PM

    Where can I visit the show room for Yamaha tricity? Also , any higher capacity up to 250 cc?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev