• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Harga Moyang Kereta 123 Tahun Ini Cecah Hampir RM3 Juta

Harga Moyang Kereta 123 Tahun Ini Cecah Hampir RM3 Juta

March 18, 2017 By Han Othman Leave a Comment

238
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA anda pencinta dan pengumpul kenderaan bersejarah, anda kini berpeluang membeli salah satu daripada kereta tertua atas jalan raya Britain. Peugeot Type 5 (1894) bersedia menemui pemilik baharu dalam kondisi cukup baik, tetapi apa yang pasti harganya bukan murah.

Anda perlu sediakan dahulu wang kira-kira £500,000 (RM2.75 juta) kerana kereta ini bukan saja sangat antik, tetapi juga kaya dengan sejarah tersendiri.

Masih mengekalkan casis asli, 164, Peugeot Type 5 (1894) pernah menyertai Paris-Roeun yang dikenal pasti sebagai perlumbaan kereta pertama dunia.

Dipandu oleh pelumba Perancis, Louis Rigoulot dengan nombor lumba 27, Peugeot Type 5 (1894) ini menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-11.

HAMPIR 100 PERATUS ORIGINAL

Hari ini, kereta ini masih kekal dalam bentuk asal, iaitu enjin 1,026cc v-twin Daimler dengan sistem pencucuhan tiub-panas. Tiada langsung pengubahsuaian atau penambahbaikan teknikal. Faktanya, keseluruhan kereta ini hampir 100 peratus asli kecuali cuma sedikit kemasan pada bahagian upholsteri.

Menggunakan satu lampu dan mekanisme pengoperasian-kunci untuk membelok, jentera Peugeot ini masih mampu bergerak sehingga 26kmj, sama seperti kelajuan lebih 100 tahun lalu!

Selepas Rigoulot, kereta ini menjadi sebahagian koleksi Andre Laporte dekat Montpellier di Perancis selatan sebelum dimiliki pula pemilik sekarang (yang dirahsiakan) pada 1998.

GALERI

1894-Peugeot-Type-5-3
1894-Peugeot-Type-5-1
1894-Peugeot-Type-5-5
1894-Peugeot-Type-5-7
1894-Peugeot-Type-5-6
1894-Peugeot-Type-5-4
1894-Peugeot-Type-5-2

SUMBER: The Sun

Related

238
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, kereta antik, kereta purba, Peugeot, Peugeot Type 5 (1894)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev