• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ujian Perlanggaran Semula Toyota Raize Hybrid, Daihatsu Rocky Hybrid Beri Hasil Positif

Ujian Perlanggaran Semula Toyota Raize Hybrid, Daihatsu Rocky Hybrid Beri Hasil Positif

June 27, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PADA 19 Mei, Daihatsu mengumumkan penemuan kesalahan prosedur pensijilan ujian impak pelanggaran sisi (UN-R135) pada Daihatsu Rocky HEV dan Toyota Raize HEV (Hybrid) pasaran Jepun.

Justeru penghantaran dan jualan kedua-dua model itu dihentikan serta-merta, serta Toyota meminta maaf atas kegusaran dan kesulitan dihadapi ramai.

Menurut Daihatsu, perkara tersebut ditemui ketika proses pemeriksaan dalaman yang dilakukan sebagai tindakan susulan selepas isu pertama berkenaan ujian pelanggaran sisi pada 28 April lalu.

Isu pertama melibatkan panel pintu bahagian depan diubah suai yang berisiko mendatangkan kecederaan kepada penumpang apabila berlaku pelanggaran sisi.

Dalam kes Raize dan Rocky Hybrid, untuk ujian impak tiang sisi (UN-R135) bahagian kanan dan kiri kenderaan mesti diuji dan data ujian perlu dihantar.

Apa berlaku ialah bahagian kiri diuji dengan kehadiran saksi. Bahagian kanan (pemandu) pula, Daihatsu menghantar data ujian bahagian kiri berbanding data ujian sebelah kanan yang sepatutnya dihantar. Ringkasnya, data ujian sebelah kiri dihantar bagi mewakili ujian sebelah kanan.

Menyedari ketidakpatuhan itu, Daihatsu sekali lagi melakukan ujian dalaman bagi menilai semula impak pelanggaran Raize Hybrid. Ujian itu dibuat pada 24 Mei lalu di Pusat Teknikal Daihatsu Shiga.

Bahagian sisi kenderaan diuji dengan pelanggaran tiang (jenis utiliti) pada kelajuan 32kmj. Laporan menunjukkan penilaian tiga aspek iaitu impak kecederaan penumpang, kondisi pintu dan jumlah kebocoran minyak. Hasil ditunjukkan nyata memenuhi standard peraturan keselamatan.

Bagaimanapun, penilaian itu belum disahkan badan pensijilan. Prosedur berkenaan ada kaitan dengan usaha menyambung proses penghantaran dan jualan Raize, seperti ujian di depan pihak pensijilan dan perkara berkaitan lain dengan konsultansi pihak berkuasa.

Susulan kes pertama, pengurusan tertinggi kedua-dua syarikat bertemu bagi membincangkan komitmen Kumpulan Toyota dalam menghadapi pengeluaran dengan kejujuran dan memperbaharui sasaran tersebut.

Toyota kini bekerjasama dengan semua syarikat bagi memeriksa semula struktur tadbir urus lalu dan memulakan penilaian mendalam. Toyota melihat isu ini bukan sebagai kes individu atau tempat kerja, tetapi melibatkan individu atau tempat kerja dipaksa untuk melakukan kesalahan.

Bersama Daihatsu, Toyota komited mendengar suara barisan depan syarikat itu.

BACA >>> Toyota bZ4X Versi Malaysia Mampu Pandu hingga 500km? Harga Belum Dedah
BACA >>> Skandal Daihatsu: UMW Toyota Sahkan Vios Serba Baharu Patuh Regulasi Kualiti

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Daihatsu, Daihatsu Rocky, Daihatsu Rocky Hybrid, Roda4, Toyota, Toyota Raize, Toyota Raize Hybrid, ujian impak pelanggaran sisi (UN-R135), ujian perlanggaran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my