• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Datang Jerman dan Beli Toyota GT86 'Tiger'! Ada 30 Unit Sahaja

Datang Jerman dan Beli Toyota GT86 'Tiger'! Ada 30 Unit Sahaja

March 17, 2017 By Han Othman Leave a Comment

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Jerman baru saja melancarkan model GT86 dipanggil 'Tiger' yang bakal berada di pasaran dalam versi edisi terhad. Sebenarnya, Toyota sudah mengeluarkan pelbagai edisi GT86 di seluruh dunia dan Tiger adalah salah satu versi tersebut yang menampilkan beberapa pengemaskinian gaya.

Badan kereta disepuh warna 'Jingga Harimau' dengan aksen hitam baldu di sekeliling ventilator udara fender dan pintu yang sepadan dengan cermin sisi dan spoiler. Rim aloi 17-inci digayakan warna batu arang, antrasit, manakala sistem suspensi dipadukan dengan peredam sport SACHS.

Tambahan kepada kabin edisi terhad versi 'Tiger' ialah kerusi daripada material Alcantara dengan kulit suede disematkan pada panel pintu dan papan pemuka. Sulaman dan lambang aluminium GT86 Tiger melengkapkan penampilan tersendiri model edisi istimewa ini.

Toyota tidak ragu-ragu untuk terus mengekalkan enjin boxer aspirasi natural (NA) 2.0L yang menawarkan kuasa 200hp dan tork 205Nm.

Toyota GT86 versi istimewa baharu ini akan berada di pasaran Jerman bulan ini dengan harga bermula €34,990 (RM166,643) dan hanya 30 unit dikeluarkan. Jika berminat, datang ke Jerman sekarang!

SUMBER: Car Scoops

Related

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Jerman, Roda4, Toyota, Toyota GT86 'Tiger'

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my