• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Eksperimen Gagal, Jentera F1 Mercedes Akan Kembali Guna 'Sidepod'

Eksperimen Gagal, Jentera F1 Mercedes Akan Kembali Guna 'Sidepod'

May 26, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter

ERA pod sisi (sidepod) sifar pada jentera Formula Satu (F1) Mercedes AMG Petronas yang hanya menghasilkan satu kemenangan sepanjang perlumbaan musim lalu dikira gagal apabila pasukan itu bakal kembali kepada rekabentuk tradisional pada perlumbaan seterusnya.

Selepas 14 bulan bergelut mendapatkan kelajuan maksimum tanpa pod sisi, Mercedes merancang memperkenalkan pakej peningkatan baharu untuk jentera W14 yang masih belum mencatatkan kemenangan pada Grand Prix Emilia-Romagna hujung minggu lalu di Imola.

Apabila perlumbaan dibatalkan, rancangan itu berpindah ke Monaco. Kini, foto praperlumbaan sudah menunjukkan rekabentuk pod sisi Mercedes baharu, yang jauh lebih tradisional daripada rekabentuk tanpa pod sisi.

Di Imola, perubahan besar itu mungkin diuji sepenuhnya dengan segera. Bagaimanapun, di Litar Monaco yang lebih perlahan, perubahan aerodinamik dilakukan itu mungkin tidak memberi perubahan besar dan menggambarkan potensi penuh jentera berkenaan.

Terdahulu, Mercedes akhirnya meraih kemenangan sulung jentera W13 dengan konsep tanpa pod sisi di GP Brazil apabila pelumba mudanya, George Russell memenangi perlumbaan pertama bersama Mercedes, musim lalu.

Bagaimanapun, kemenangan itu datang selepas pelumbanya, Lewis Hamilton dan Russell tersingkir daripada perebutan kejuaraan.

BACA >>> Hamilton ke Ferrari Musim Depan? Ketua Mercedes Jawab...
BACA >>> Ketua Kru Yamaha: MotoGP Dah Jadi Macam F1, Teknologi Motor Atasi Skil Pelumba

SUMBER: RoadAndTrack

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, F1, Formula Satu (F1), george russell, imola, Lewis Hamilton, Mercedes-AMG Petronas, Monaco, pod sisi, sidepods

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev