• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hamilton ke Ferrari Musim Depan? Ketua Mercedes Jawab...

Hamilton ke Ferrari Musim Depan? Ketua Mercedes Jawab...

May 25, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


JUARA dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton yang bakal menamatkan kontrak bersama Mercedes AMG Petronas akhir tahun ini dilaporkan menerima kontrak lumayan daripada Ferrari untuk menyertai pasukan itu musim depan.

Akhbat Daily Mail melaporkan pasukan dari Itali itu sedang menyediakan tawaran kontrak bernilai £40 juta (RM230 juta) untuk menggoda Hamilton mencuba sesuatu yang baharu dalam usaha memburu gelaran F1 kelapan.

Walaupun Hamilton sebelum ini menegaskan merancang memperbaharui kontrak dengan Mercedes, ketidakpastian itu dijangka berlanjutan selagi kontrak baharu tidak ditandatangani.

Sementara itu, Ketua Pasukan Mercedes AMG Petronas, Toto Wolff menjelaskan dalam setiap temu bual media bahawa pasukannya mahu terus bekerjasama dengan Hamilton.

Dalam temu bual baru-baru ini dengan outlet Austria Osterreich, Wolff percaya khabar angin tersebar itu tiada sebab kukuh untuk pelumba British itu meninggalkan Mercedes dan menyertai pasukan lawan.

Khabar angin timbul setiap dua tahun apabila kami perlu menandatangani kontrak baharu, tetapi semua itu tidak benar. Kami berbincang macam biasa, tanpa sebarang tekanan masa," katanya.

Ketika berkongsi perkembangan semasa mengenai runding dengan Hamilton, Wolff mengakui kurang senang untuk berbincang hal wang dengan rakan yang boleh dianggap sebagai saudara kandung selepas sudah 10 tahun menempuh cabaran bersama.

Bagaimanapun, beliau yakin perbincangan itu berakhir dengan berita gembira dan Mercedes hanya perlu menyediakan jentera kompetitif buat Hamilton untuk memenagi gelaran juara dunia buat kali kelapan.

BACA >>> Hamilton: Aku Tak Faham Kenapa Kereta F1 Makin Berat
BACA >>> #TahukanAnda: 5 Model Kereta Pernah Dipandu Lewis Hamilton, Tetapi Tidak Best

SUMBER: Mirror

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: F1, Ferrari, Formula 1, Formula Satu (F1), Lewis Hamilton, Mercedes-AMG Petronas, Scuderia Ferrari F1, Toto Wolff

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
    Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
  • Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
    Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
  • Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
    Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
  • BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
    BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my