SEBANYAK 20 unit kenderaan disita polis dalam operasi mengejut sekitar kawasan Kampung Tasik Tambahan di Ampang, Selangor semalam.
Operasi Lawlessness itu dibuat berdasarkan aduan orang ramai mengenai pengguna jalan raya di lokasi itu tidak mematuhi undang-undang jalan raya.
Ini termasuk warga asing yang menunggang motosikal, tidak memakai helmet dan ada juga menggunakan kenderaan mikromobiliti di jalan utama.
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ampang Jaya mengeluarkan 22 saman atas pelbagai kesalahan trafik dengan 20 unit kenderaan termasuk empat basikal mikromobiliti disita di bawah Seksyen 64 (1) dan Seksyen 6 (4) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Leave a Reply