• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bukan 'Amoi Tular' yang Menang Bida Plat FF9, Kalah RM2,000

Bukan 'Amoi Tular' yang Menang Bida Plat FF9, Kalah RM2,000

May 25, 2023 By Shawkath Leave a Comment

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini tular seorang wanita tempatan membuat bidaan setinggi RM909,999 untuk nombor pendaftaran FF9, tetapi kemudian dia mendakwa bidaannya itu sudah dipintas saat akhir pembida lain dengan nilai tambahan RM2,000.

Portal Mustsharenews mendedahkan pembida wanita itu, Ivon Wong ialah pengasas dan pengarah Aesthetic Skin Group.

Laporan itu turut menyatakan Ivon pernah menceritakan impian memiliki nombor tersebut dalam perkongsian di Instagram dengan tangkap layar bidaan dibuat untuk nombor pendaftaran FF9.

Malah Ivon dilaporkan memberitahu akhbar China Press mengenai minat membida nombor tersebut kerana  tertarik dengan angka '9'.

FF9 - 4
FF9 - 5

Dalam satu temu bual lain, usahawan itu juga menceritakan keunikan FF9 sebagai tanda memperingati anjing peliharaannya, Fei Fei yang sudah mati.

Mustsharenews melaporkan, Ivon kini sudah memiliki dua kereta mewah dengan nombor pendaftaran angka 9 dan bercadang menempah kenderaan ketiga dengan harapan menggunakan nombor plat FF9.

Namun, Ivon akur akan ada pemenang dan mereka yang gagal dalam bidaan nombor siri FF, serta mengakui tidak kisah jika tewas.

Dalam perkongsian Instagram, dia turut mendedahkan pemenang nombor tersebut mengemukakan bidaan sebanyak RM911,999., lebih RM2,000 daripada bidaan dibuatnya.

Tawaran siri FF diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pada 14 Mei lalu sempena sambutan ulang tahun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke-77.

ORANG SAMA BIDA FF99 DAN FF99

Satu tangkap layar tular mendakwa individu yang memenangi bidaan FF9 adalah orang sama yang 'bawa pulang' dua lagi nombor panas, iaitu FF99 dan FF999.

Seorang individu yang tidak didedahkan identiti mendakwa FF mungkin bermaksud 发发 (fa fa) dalam Bahasa Mandarin, atau huat huat yang membawa maksud 'menjadi kaya' (to strike it rich).

Jika digabung dengan angka 9, disebut sebagai 'jiu' dan berbunyi seperti perkataan Mandarin yang bermaksud 'lama', susunan itu seolah-olah membawa maksud 'untuk jadi kaya selama-lamanya'.

SUMBER: InstagramLoveDevon

Related

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aesthetic Skin Group, Auto Terkini, FF9, Ivon Wong, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Nombor Pendaftaran FF, Nombor Plat Siri FF, Plat FF9, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev