• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lexus Malaysia Buka Bilik Pameran Mesra Pertama di Klang

Lexus Malaysia Buka Bilik Pameran Mesra Pertama di Klang

May 24, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


LEXUS Malaysia dengan bangga melancarkan bilik pameran mesra alam pertama jenama itu di Malaysia.

Ditubuhkan pada 1 Januari 2023 di Bandar Klang, bilik pameran Lexus Klang di bawah kendalian PCM Klang Motor Sdn Bhd itu dibangunkan berdasarkan nilai dan garis panduan mampan dan mesra alam.

Bilik pameran baharu itu sejajar komitmen Lexus mengurangkan jejak karbon yang menjadi sebahagian lembaran baharu yang merangkumi usaha berterusan mencapai neutraliti karbon menjelang 2050.

Direka dengan teknologi bangunan hijau terkini, bilik pameran mewah itu dilengkapi bahan mampan yang mempunyai jangka hayat lebih lama daripada bahan binaan tradisional.

Selain itu, bilik pameran ini menggunakan lampu LED dengan sensor gerakan cekap tenaga bagi membantu mengurangkan penggunaan tenaga dan air bangunan serta pada masa sama meningkatkan pengalaman pelanggan.

Pembukaan Bilik Pameran Lexus Klang itu bertujuan menjadikan kenderaan mewah semakin mudah diakses semua pemilik kenderaan Bandar Klang dan bakal pelanggan jenama itu.

Sebagai pengedar rasmi UMW Toyota Motor, PCM Klang Motor Sdn Bhd juga dapat menawarkan peluang kepada pelanggan Toyota untuk menaik taraf kereta mereka kepada model Lexus melalui program tukar beli.

Lexus Klang juga berbesar hati mengumumkan model baharu akan dilancarkan pada 2023 dan akan tiba ke bilik pameran tersebut tidak lama lagi. Presiden Lexus Malaysia, Datuk Ravindran K berkata;

Dengan menyepadukan bahan mampan dan teknologi penjimatan tenaga dalam rekabentuk bilik pameran, kami menunjukkan komitmen terhadap kesedaran alam sekitar dan mengurangkan jejak karbon," katanya.

Semua kereta baharyu Lexus kini hadir dengan skim LexusCare, iaitu pakej lengkap faedah standard yang menawarkan bantuan jalanan komprehensif, servis percuma, akses acara eksklusif dan banyak lagi.

BACA >>> Teaser SUV Lexus LBX Didedahkan, Akan Datang 5 Jun Ini!
BACA >>> Lexus RX 350 Luxury AWD (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM468k!

LexusKlang-02
LexusKlang-03
LexusKlang-04
LexusKlang-06
LexusKlang-09
LexusKlang-11
LexusKlang-13
LexusKlang-43
LexusKlang-44
Lexus Klang -
LexusKlang-13
LexusKlang-01

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, lexus Klang, Lexus Malaysia, PCM Klang Motor Sdn Bhd, Showroom

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev