• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Trend Ubah Suai Ekzos Motosikal Sembur Api Bimbangkan Indonesia

Trend Ubah Suai Ekzos Motosikal Sembur Api Bimbangkan Indonesia

May 24, 2023 By Sharil Leave a Comment

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODIFIKASI ekzos motosikal hingga menghasilkan letupan kecil dengan percikan api itu perkara biasa dilihat, tetapi bagaimana pula ekzos yang diubah suai untuk menyembur api?

Berdasarkan video dikongsikan FaktaIndo di Instagram, dapat dilihat beberapa motosikal diubah suai dengan ekzos yang boleh menyembur api besar seperti ada sesuatu dinyalakan di depan ekzos berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fakta Indo | Berita Indonesia (@fakta.indo)

Ketua Promosi Keselamatan Menunggang Wahana, Agus Sani berkata, tindakan seperti dalam video itu tidak boleh ditiru kerana bukan saja membahayakan diri, tetapi pengguna lain.

Mereka sepatutnya faham tujuan motosikal dicipta, iaitu sebagai alat pengangkutan. Jadi mereka faham bahagian mana yang boleh diubah suai.

"Video tersebut membuktikan tahap kecerdasan dan pendidikan seseorang memang boleh diukur. Orang yang berfikiran pintar tidak mungkin buat kerana motosikal itu boleh terbakar jika api menyambar tangki minyak," katanya.

Menurutnya, api yang disembur berisiko melibatkan pengguna jalan raya di sekeliling, sekali gus menyebabkan masalah lebih rumit, dan berisiko melanggar undang-undang.

Memang ubah suai kenderaan dibenarkan, tetapi perlu diingat tahap keselamatan. Jika berbahaya, jangan ubah suai motosikal," katanya.

Sementara itu, pekerja Latihan Teknikal 2W PT Suzuki Indomobil Sales (SIS), Dadan Danil berkata, tindakan itu boleh merosakkan motosikal.

Jika tidak terbakar pun, komponen lain yang dibuat daripada plastik juga boleh terbakar dan cair seperti lampu signal, lampu belakang dan pelana."

Pernahkah anda lihat ubah suai ekzos seperti itu di Malaysia? Moga-moga dijauhkan. 🤲🏼

BACA >>> Polis Tahan 37 Mat Rempit Ekzos Bising di Pekan Tanjong Karang
BACA >>> Warga Asing Pun Terjebak Trend Rempit Malaysia, Siap Ubah Suai Ekzos

Related

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: API, Auto Global, ekzos, Modifikasi, roda2, ubah suai, Ubah Suai Ekzos Motosikal, Ubah Suai Motosikal, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev