• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Foto Acah Lexus LBX (2023) Didedahkan, Lancar 5 Jun Nanti! Adakah SUV Segmen-B Mewah?

Foto Acah Lexus LBX (2023) Didedahkan, Lancar 5 Jun Nanti! Adakah SUV Segmen-B Mewah?

May 24, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


LEXUS mendedahkan beberapa foto acah model terbaharu Lexus LBX (2023) sebelum debut perdana 5 Jun ini di Milan, Itali.

Walaupun tiada maklumat lanjut mengenai model baharu itu, Lexus LBX (2023) dibangunkan berasaskan platform TNGA-B yang dikongsi bersama Toyota Yaris di Eropah.

Berdasarkan foto didedahkan, kedudukan lampu belakang yang sedikit tinggi nampak mirip kenderaan utiliti sukan (SUV) atau crossover.

Foto seterusnya menunjukkan lampu depan dengan gril seakan Lexus RX dengan perincian krom ditengah.

Menurut Car Magazine UK, nama Lexus LBX (2023) juga boleh dispekulasi menjadi 'L' sebagai singkatan untuk Lexus, B mungkin bermaksud ia bakal diposisikan sebagai model segmen-B, manakala X membawa maksud crossover atau SUV.

Lexus mungkin membina SUV menyerupai Toyota Yaris Cross dengan rekabentuk Lexus yang lebih tajam dan bahagian dalaman lebih mewah.

Buat masa sekarang, inilah segmen yang belum diteroka Lexus kerana ada banyak penerimaan pembeli terhadap crossover kecil. Ini mungkin membantu pengeluar itu menawan semula kumpulan pelanggan lama suatu masa lalu menerusi Lexus CT Hatchback.

Selain itu, kita perlu menunggu hingga 5 Jun depan untuk mengetahu butiran lanjut model baharu itu.

BACA >>> Lexus RX 350 Luxury AWD (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM468k!
BACA >>> Toyota Yaris Cross (2023) Hadir dengan 2 Pilihan Enjin, Harga Mula RM91k!

SUMBER:  Jalopnik

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Crossover, Foto Acah, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), LBX, Lexus, Roda4, SUV, teaser, Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev