• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pakistan Batalkan Skim Subsidi Petrol Rakyat, Beli Bahan Api Rusia

Pakistan Batalkan Skim Subsidi Petrol Rakyat, Beli Bahan Api Rusia

May 23, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PAKISTAN membatalkan rancangan untuk melancarkan Skim Petrol Sasta dan memilih Bahan Api Rusia (Russian Oil) sebagai pengganti kepada program subsidi bahan api untuk membantu golongan berpendapatan rendah selain menangani masalah inflasi di negara tersebut.

Menteri Petroleum Negara, Musadik Masood Malik mendedahkan rancangan Kerajaan Pusat itu tetapi menegaskan perjanjian tersebut tidak membenarkan pendedahan harga Bahan Api Rusia.

Bagaimanapun, beliau menyatakan Pakistan akan menikmati harga diskaun pembelian bahan api mentah tersebut dan sebuah kapal kargo minyak Rusia kini dalam perjalanan ke negara tersebut, dijangka tiba akhir bulan ini.

Beliau menambah, sebuah kilang penapisan dengan pelaburan sebanyak 14 bilion dolar (RM63.9 bilion) sedang dibina di Pakistan.

Kerajaan Pakistan juga menghentikan pelaksanaan pakej petrol murah untuk rakyat selepas berdepan keraguan dariapda institusi kewangan antarabangsa. Harga petrol di Pakistan dijangka menyusut dengan ketibaan bahan api mentah Rusia.

Musadik dilaporkan berkata ada usaha diambil untuk menjadikan harga produk petroleum di Pakistan lebih murah selepas kejatuhan harga di pasaran global.

Pada masa sama, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meluahkan kebimbangan terhadap rancangan Kerajaan Pakistan. Ada golongan pakar berpendapat pengumuman skim tersebut adalah salah satu sebab berlaku penangguhan bayaran pinjaman kepada Pakistan.

SUMBER: PAK | TheNews

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Musadik Masood Malik, roda2, Skim Petrol Sasta, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my