• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sudah Tiba Masa Quartararo Tinggalkan Yamaha?

Sudah Tiba Masa Quartararo Tinggalkan Yamaha?

May 23, 2023 By Shawkath Leave a Comment

75
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADAKAH sudah tiba masa Fabio Quartararo meninggalkan Yamaha selepas mengharungi aksi perlumbaan suram musim ini di tanah air sendiri, GP Perancis?

Jika diimbau prestasi musim lalu, Quartararo mempamerkan prestasi agak baik sepanjang separuh pertama MotoGP 2022 yang nyaris meletakkan pelumba itu peluang merangkul kejuaraan dunia kali kedua. Namun apakan daya, beliau tewas kepada pelumba Ducati, Francesco Bagnaia aka Pecco.

Kini, pelumba Perancis itu gagal meraih sebarang kemenangan GP sejak 11 bulan lalu dan beliau gagal menyembunyikan reaksi kecewanya disebabkan kegagalan Yamaha memberikan pakej kompetitif untuk bersaing memburu gelaran juara dunia.

Kali terakhir Quartararo muncul juara GP adalah di Sachsenring pada Jun 2022. Melihat babak awal MotoGP 2023, El Diablo mempamerkan kelajuan saingan agak baik berbanding rakan sepasukan, Franco Morbidelli dalam setiap perlumbaan.

Apa sedang dilalui Quartararo dan Morbidelli menunjukkan Yamaha sebenarnya sedang berdepan detik paling teruk dalam kelas premier MotoGP 2023.

Kemelut menghantui Quartararo memaksa pelumba itu kembali bergantung kepada tetapan Yamaha YZR-M1 dua musim lalu (2021) dalam usaha membaiki prestasi selepas GP Perancis 2023. Umum mengetahui, M1 masih gagal menandingi kelajuan pesaing MotoGP lain.

MASA DEPAN QUARTARARO

Situasi itu meletakkan Quartararo dalam situasi lebih sukar, ibarat dibiarkan bertarung dalam pertempuran yang sudah tewas walaupun perlumbaan sebenar belum bermula.

Juara dunia 2021 itu masih bersama Yamaha setidak-tidaknya semusim lagi, iaitu selepas 2024, manakala rakan sepasukan memiliki kontrak hingga akhir musim 2023.

Ramai tahu, Quartararo berat hati meninggalkan Yamaha sejak hari pertama dan cepat tertarik jika pasukan pengilang dapat menjanjikan jaminan lebih baik pada masa akan datang.

Bagaimanapun, musim lalu dan lima perlumbaan pertama musim 2023 sudah mendedahkan Yamaha sedang bergelut melakukan semua tindakan diperlukan untuk kekal sebagai pasukan berdaya saing.

Ataupun, Quartararo mungkin lebih sesuai beralih ke pasukan lain seperti Ducati dan Aprilia, sebagai pilihan meluaskan karier masa depan.

SUMBER: Crash

Related

75
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, el Diablo, Fabio Quartararo, Francesco Bagnaia, GP Perancis 2023, Monster Energy Yamaha, Monster Energy Yamaha MotoGP, MotoGP, MotoGP 2023, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my