• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kejar dari Kajang ke Bangi, Polis Cekup Pemandu, Penumpang Satria Bawa Syabu

Kejar dari Kajang ke Bangi, Polis Cekup Pemandu, Penumpang Satria Bawa Syabu

May 23, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS menangkap dua penumpang, termasuk pemandu Proton Satria berwarna coklat dalam aksi kejar-mengejar membabitkan beberapa kereta peronda di sekitar kawasan Kajang dan Bangi, Selangor, Sabtu lalu.

Dua individu dalam Satria itu didakwa cuba melarikan diri dari pemeriksaan polis di Kajang Utama.

Dalam aksi kejar-mengejar tersebut, kereta suspek turut melanggar lima kenderaan lain sebelum ditahan di Jalan Persiaran Bandar Baru Bangi, Seksyen 9, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, insiden berlaku jam 12.30 tengah hari ketika anggota kereta peronda polis terserempak Satria suspek dalam keadaan mencurigakan di Kajang Utama.

Anggota polis bertugas meminta pemandu terbabit memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan, tetapi suspek enggan sebelum memecut laju melalui Jalan Kajang Utama memasuki Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) dan menghala ke Plaza Tol Sungai Ramal hingga melanggar palang tol.

"Suspek kemudian cuba melarikan diri dengan memandu melulu melalui Lebuhraya SILK dan masuk semula ke Jalan Ikram Uniten hingga kereta itu dapat dihentikan daripada bergerak di kawasan Jalan Persiaran Bandar Baru Bangi, Seksyen 9 dengan bantuan beberapa kenderaan peronda polis lain di kawasan berhampiran."

Mohd Zaid berkata, siasatan polis mendapati kereta suspek melanggar beberapa kenderaan awam, dan kereta peronda polis.

Kereta suspek dipandu secara berbahaya dengan memasuki celah antara kenderaan awam hingga mengalami kemalangan sebelum kenderaan itu berjaya dihentikan.

"Empat anggota polis dari Cawangan Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang yang berada di lokasi berjaya memberkas pemandu kereta, iaitu seorang wanita dan penumpang lelaki masing-masing berusia 26 dan 38 tahun sejurus kenderaan mereka berjaya dihentikan."

Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Bandar Bangi untuk tindakan susulan. Pemeriksaan ke atas suspek di lokasi kejadian membawa kepada penemuan beberapa hablur kristal dengan anggaran berat 2.1 gram dipercayai dadah jenis syabu.

Ujian saringan awal air kencing ke atas suspek juga mendapati mereka positif dadah jenis metamfetamin. Kedua-dua suspek juga ada rekod berkaitan dadah.

Menurut laporan, suspek direman tiga hari hingga 24 Mei ini untuk siasatan lanjut. Tiga kertas siasatan dibuka berhubung insiden tersebut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Siasatan polis juga membabitkan kesalahan memiliki dadah dan memasukkan dadah dalam badan mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1)(a) akta sama. Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jalan Persiaran Bandar Baru Bangi, Lari Polis, Mohd Zaid Hassan, Proton Satria Coklat Viral, Roda4, tular, video tular, videotomotif, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev