• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Tahan 37 Mat Rempit Ekzos Bising di Pekan Tanjong Karang

Polis Tahan 37 Mat Rempit Ekzos Bising di Pekan Tanjong Karang

May 22, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


SERAMAI 37 individu, termasuk remaja bawah umur yang menunggang motosikal dengan ekzos diubah suai hingga bising ditahan di sekitar Pekan Tanjong Karang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, semua individu berusia 15 hingga 27 tahun itu ditahan bersama 31 motosikal dalam Op Bersepadu Mat Rempit pada jam 11 malam.

Menurutnya, operasi selama enam jam itu dijalankan sepasukan anggota termasuk pegawai dari Balai Polis Tanjong Karang dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kuala Selangor.

Operasi dilakukan selepas polis menerima aduan bunyi bising pada waktu malam yang menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk setempat," katanya dalam satu kenyataan, Ahad lalu.

Pemeriksaan polis mendapati semua individu terbabit melakukan pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, menunggang di bawah usia 16 tahun dan mengubah suai ekzos.

Kesalahan itu turut melibatkan nombor pendaftaran, aksesori tidak lengkap dan tiada cukai jalan (LKM) serta perlindungan insurans," katanya.

Dalam operasi itu, polis mengeluarkan 110 saman atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, menunggang di bawah umur 16 tahun, mengubah suai ekzos, aksesori tidak lengkap, kesalahan nombor pendaftaran, tiada cukai jalan (LKM) dan tiada perlindungan insurans.

PDRM menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang jalan raya dan menghormati masyarakat setempat.

PDRM juga menasihatkan ibu bapa dan penjaga untuk memantau anak-anak supaya tidak terlibat dalam aktiviti motosikal yang menyalahi undang-undang serta tidak terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah.

BACA >>> JAS Periksa Motosikal Disita Polis, Keluar 20 Saman Ekzos Bising
BACA >>> Warga Asing Pun Terjebak Trend Rempit Malaysia, Siap Ubah Suai Ekzos

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, ekzos bising, kuala selangor, mat motor, mat rempit, PDRM, Saman, tanjong karang, ubah suai, ubah suai ekzos

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my