• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nombor Plat Siri 'FF' Kutip RM34.2j, Tertinggi dalam Sejarah!

Nombor Plat Siri 'FF' Kutip RM34.2j, Tertinggi dalam Sejarah!

May 22, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


NOMBOR pendaftaran kenderaan siri 'FF' yang dibuka Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 14 Mei hingga 19 Mei 2023 berjaya merekodkan jumlah bidaan dan kutipan hasil keseluruhan sebanyak RM34,296,327.

Hasil siri FF ini juga menjadi kutipan paling tinggi sejak bidaan nombor pendaftaran kenderaan secara atas talian ditawarkan kepada orang awam melalui Sistem JPJeBid bermula 15 April 2019.

Berdasarkan rekod bidaan, FF8 mencatatkan bidaan tertinggi, iaitu RM950,000, manakala FF9 kedua tertinggi (RM911,999), disusuli FF3 (RM639,000), FF2 (RM638,000) dan FF7 (RM633,000).

Jumlah penyertaan keseluruhan pembida siri itu adalah 34,032 orang dan sebanyak 8,348 pembida memenangi nombor pendaftaran masing-masing. Jumlah penglibatan pembida dan pemenang siri FF itu juga merekodkan penyertaan tertinggi sejak aplikasi atas talian JPJeBid dilancarkan.

Lima nombor yang mendapat minat paling tinggi ialah FF199 (34), FF51 (32), dan FF155, FF555 serta FF1688 (masing-masing 29). Loke berkata;

Pembidaan nombor plat melalui aplikasi JPJeBid secara atas talian adalah suatu manifestasi jelas terhadap usaha JPJ menyediakan perkhidmatan secara digital kepada seluruh rakyat selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025."

Menurutnya, JPJ akan terus berusaha meluaskan dan memantapkan perkhidmatan digital untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Orang awam yang belum memiliki akaun JPJeID boleh melakukan pendaftaran akaun pengguna melalui perkhidmatan digital di portal awam MySIKAP JPJ dan aplikasi MyJPJ.

10 TERTINGGI
DigitJumlah PembidaHarga BidaanTertinggi
FF88RM950,000.00
FF918RM911,999.00
FF35RM639,000.00
FF28RM638,000.00
FF79RM633,000.00
FF8815RM510,000.00
FF1117RM500,000.00
FF9928RM410,000.00
FF666RM350,000.00
FF336RM335,555.00

 

5 NOMBOR PALING BANYAK DIBIDA
DigitJumlah PembidaHarga Bidaan Tertinggi
FF19934RM19,200.00
FF5132RM55,510.00
FF15529RM21,500.00
FF55529RM110,000.00
FF168829RM16,268.00

BACA >>> Mat Rempit Makin Bijak Tunjuk Cara 'Fly' Sambil Tutup Nombor Plat
BACA >>> JPJ Pulau Pinang Gegar Kedai Nombor Plat, 'Sekolahkan' Pemilik, Pelanggan

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Bidaan Nombor Pendaftaran, FF, JPJ, Menteri Pengangkutan Malaysia, nombor plat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev