TOYO Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd (Toyo Tires) melancarkan tayar terbaharu, Toyo Proxes Sport 2 yang direka dengan teknologi tayar terkini.
Inovasi baharu ini direka buat peminat kereta prestasi tinggi bagi memastikan keselamatan dan ketahanan luar biasa. Dua ciri terbaharu yang membezakan Toyo Proxes Sport 2 dengan tayar siri sebelumnya adalah kestabilan pengendalian dan cengkaman mantap atas permukaan jalan basah.
Ciri baharu itu membolehkan tayar Toyo Proxes Sport 2 memudahkan pemandu melalui selekoh dengan memberikan cengkaman sempurna atas jalan walaupun dalam kondisi cuaca mencabar.
Tayar terbaharu ini juga mempunyai corak rekabentuk asimetri unik dan dapat menawarkan prestasi unggul atas permukaan jalan basah dan kering. Kompaun bunga asimetri unik itu dapat memastikan kestabilan pengendalian selekoh dan meningkatkan cengkaman atas permukaan basah.
Toyo Proxes Sport 2
Toyo Proxes Sport 2 dihasilkan daripada bahan termaju seperti kompaun yang membolehkan cengkaman mantap dan seimbang bagi memberikan pengalaman pemanduan selesa, selamat dan mampu meningkatkan prestasi tayar.
Presiden dan Pengarah Urusan Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd, Tan Song Chye berkata, Toyo Proxes Sport 2 dioptimum untuk kuasa tork tinggi bagi pemanduan mengujakan untuk semua pemandu.
Dengan komitmen kami terhadap inovasi dan kecemerlangan, kami yakin tayar ini akan menjadi pilihan utama pemandu yang mencari tayar prestasi tinggi," katanya.
Proxes Sport 2 boleh didapati dalam 31 saiz untuk kereta daripada segmen-C (termasuk segmen eksekutif kompak) hingga segmen-F, di Pusat Tayar Toyo seluruh negara bermula harga RM700 hingga RM1,300 setiap tayar bergantung saiz tayar dipilih.
Toyo Open Country A/T III (OPA/T 3)
Selain Proxes Sport 2, Toyo Tires juga melancarkan tayar Open Country A/T III (OPA/T 3). Tayar jenis semua rupa bumi (all-terrain) itu mempunyai peningkatan alur sisi untuk cengkaman off-road lebih baik walaupun dalam kondisi jalan mencabar.
Tayar serba boleh itu direka dengan corak bunga agresif untuk lebih cengkaman atas pelbagai permukaan jalan, dan memberikan pengembaraan atas jalan raya biasa, termasuk off-road lebih baik.
Tayar OPA/T 3 juga menggabungkan teknologi T-Mode dan Nano Balance untuk menawarkan keseimbangan, keselesaan dan prestasi tayar terunggul.
OPA/T 3 boleh didapati dalam 14 saiz bermula harga RM500 hingga RM1,200 setiap tayar bergantung saiz tayar dipilih. Maklumat lanjut tayar Proxes Sport 2, Open Country A/T III, dan produk tayar Toyo lain boleh layari laman web www.toyotires.com.my.
BACA >>> Aktivis Alam Sekitar Pancit Tayar Lebih 10k SUV!
BACA >>> BFGoodrich g-Force PHENOM T/A, Tayar Prestasi dengan 25 Saiz Pilihan
Leave a Reply