• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ora Good Cat (2023) Kini Ada Warna Kacang Pistachio, Jual 20 Unit dalam 24 Jam

Ora Good Cat (2023) Kini Ada Warna Kacang Pistachio, Jual 20 Unit dalam 24 Jam

May 19, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


GREAT Wall Motor (GWM) mengumumkan pilihan warna baharu untuk kereta elektrik Ora Good Cat (2023), iaitu Pistachio Green (hijau muda) di Pusat Beli-Belah Sunway Velocity, sebentar tadi.

Sepanjang hari pertama pengenalan warna baharu itu, 20 unit model elektrik itu berjaya dijual yang mana warna baharu tersebut ditawarkan untuk varian 500 Ultra sahaja.

Ora Good Cat (2023) versi Pistachio Green itu didatangkan dalam warna hijau muda yang diilhamkan daripada kacang pistachio, manakala ruang kabin mengetengahkan kemana dwi-tona hijau, dan kuning air.

Kerusi depan dilengkapi perehat tangan dengan corak tapak kaki kucing berwarna hijau kacang pistachio. Ruangan sisi penyaman udara pula hadir dengan kemasan jingga terang.

Stereng pula mengetengahkan dwi-warna dalam warna hijau gelap dan kuning cair, berserta sedikit aksen jingga di bawah. Corak hiasan sama turut ada pada kerusi dengan corak kotak kecil (Houndstooth).

Ora Good Cat (2023) menggunakan seunit motor elektrik pada gandar depan (sistem pacuan roda depan) dengan bateri 63.1kWh yang menawarkan kuasa 141hp dan tork 210Nm. Model elektrik itu mampu mencapai kelajuan maksimum 152kmj dan jarak pemanduan hingga 500km.

BACA >>> Ora Good Cat (2022) Kini di Malaysia, Harga Mula 139.8k dengan Waranti Bateri 8 Tahun!
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Sikap Pemandu Jepun yang Orang Malaysia Perlu Ikut

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, Great Wall Motor Malaysia, GWM Malaysia, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Ora Good Cat Hijau Pistachio, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my