BMW Motorrad Malaysia mengumumkan ketibaan superbike BMW S 1000 RR (2023) ke pasaran tempatan dalam dua varian pilihan, Style Passion dan M Package.
Setiap varian didatangkan dengan satu pilihan warna, iaitu Racing Red (merah) untuk versi Style Passion dan Lightwhite (putih) untuk M Package. Berikut perincian superbike baharu itu:
VARIAN DAN HARGA
- BMW S 1000 RR Style Passion - RM129,500
- BMW S 1000 RR M Package - RM149,500
* Harga runcit atas jalan tanpa insurans
Setiap motosikal dipakejkan dengan waranti pengilang tiga tahun dan program bantuan jalanan.
ANSURAN BULANAN
Pelanggan yang mengambil pakej pembiayaan BMW Group Financial Services Malaysia boleh memiliki BMW S 1000 RR (2023) pada bayaran bulanan serendah RM1,578 sebulan (Style Passion).
Harga ansuran itu adalah anggaran pembiayaan Balloon Financing sebanyak 80 peratus untuk tempoh empat tahun. Pelanggan juga akan menikmati tambahan faedah seperti inklusif minyak enjin premium dan servis serta lanjutan waranti.
TRENKUASA
BMW S 1000 RR (2023) dijana enjin lama jenis 4-silinder sebaris, tetapi dikemas kini untuk memberikan output kuasa 210hp @ 13,750rpm, meningkat 3hp daripada model terdahulu, manakala tork 113Nm @ 11,000rpm.
MOD TUNGGANG
Ada empat mod tunggangan untuk BMW S 1000 RR (2023) baharu ini: Rain, Road, Dynamic dan Race.
BANTUAN TUNGGANGAN
BMW S 1000 RR (2023) juga didatangkan dengan tambahan ciri bantuan tunggangan seperti berikut:
- Kawalan Gelincir (Slide Control) dalam sistem Kawalan Traksi Dinamik (Dynamic Traction Control, DTC).
- Bantuan Gelincir Brek (Brake Slide Assist, BSA) kini sebahagian ABS Pro (Sistem Brek Anti-Kunci).
- BMW Motorrad Race ABS.
- Kawalan Daki Bukit (HSC).
- Bantuan Anjakan Shift Assist Pro.
- Sistem lampu LED untuk lampu utama, lampu brek dan lampu signal belok.
- Ciri log data lap M GPS Laptrigger.
- Pakej Dynamic Package terdiri daripada Riding Mode Pro, HSC Pro, Kawalan Brek Dinamik (DBC), Kawalan Redam Dinamik (DDC), pemanas grip terotel dan Kawalan Jelajah.
BACA >>> BMW S 1000 RR (2019) Lancar di Sepang, Harga RM138k
BACA >>> Honda CBR1000RR-R Fireblade SP Dapat Liveri Baharu untuk BSB 2023, dan Model Awam
Leave a Reply