• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Kereta F1 Merah Jambu Punca Nico Hulkenberg Tinggalkan Force India, Pilih Renault?

Kereta F1 Merah Jambu Punca Nico Hulkenberg Tinggalkan Force India, Pilih Renault?

March 16, 2017 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


SEMUA tahu Nico Hulkenberg musim ini ialah pelumba Formula Satu (F1) kepada pasukan Renault yang tahun lalu pernah memandu untuk Force India. Tidak tahu kenapa bekas juara Le Mans 2015 itu memilih Renault kerana pencapaian pasukan itu pada tahun lalu kurang memberangsangkan.

Tahun lalu, Renault bukan saja jauh ditinggalkan Force India yang gah di tempat kedua dalam kategori Pembina, tetapi turut bergelut untuk bersaing dengan pasukan lain seperti Red Bull Toro-Rosso, McLaren dan pendatang baharu, Haas.

BACA >>> Inilah 10 Jentera F1 Musim 2017, Rekabentuk Serba Baharu dan Lebih Pantas di Selekoh

Namun, semua itu tidak menghalang Hulkenberg tampil positif bersama pasukan baharunya kali ini. Malah, sempat pula dia melancarkan perang saraf ke atas bekas pasukannya itu. Bacalah mesej Twitter di bawah ini;

Now you finally understand why I left Force India. #Formula1 pic.twitter.com/02Yh2foari

— Nico Hülkenberg (@HulkHulkenberg) March 14, 2017

Maksudnya;

Sekarang kamu akhirnya faham kenapa saya tinggalkan Force India. - Nico Hülkenberg

Mesej Twitter itu dimuat naikkan bersama sekeping foto jentera F1 Force India berwarna merah jambu dengan deretan emotikon ketawa di hujung teks. Kasar benar gurauan pelumba kelahiran Jerman itu.

SINDIR DIBALAS SINDIR

Tidak rela disindir begitu saja oleh Hulkenberg, Force India pantas memuat naik pula sekeping foto bekas pelumba itu sedang bergambar dengan maskot kucing, Hello Kitty yang sudah tentu juga berwarna merah jambu bersama pesanan Twitter;

@HulkHulkenberg but we thought you just LOVED adorable pink little things! pic.twitter.com/VFNQkE9JRq

— Sahara Force India (@ForceIndiaF1) March 14, 2017

Kami fikir anda cuma SAYANG benda kecil merah jambu yang comel." - Force India

Boleh tahan juga sindirnya. Apapun, keputusan dalam trek saja bakal membuktikan apakah warna merah jambu akan memberi impak ke atas prestasi jentera Force India? Mampukah Hulkenberg melakukan keajaiban sama seperti pernah beliau lalukan ketika bersama bekas pasukannya lalu.

SUMBER: Jalopnik

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, F1, Force India, Formula Satu, Formula Satu (F1), Nico Hulkenberg, Renault

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev