• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Warga Asing Perabis RM6k Ubah Suai Motor Jadi Roda Tiga untuk Meniaga

Warga Asing Perabis RM6k Ubah Suai Motor Jadi Roda Tiga untuk Meniaga

May 18, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


BAHAGIAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Johor Bahru Selatan menjalankan OP Khas Warga Asing/Roda Tiga di kawasan pentadbiran IPD Johor Bahru Selatan pada 16 Mei lalu.

Hasilnya, 59 individu dan 44 kenderaan diperiksa, serta 27 saman dikeluarkan. Antara kesalahan utama dikesan adalah tiada lesen memandu, ubah suai struktur kenderaan dan tiada lesen kenderaan motor (LKM).

Majoriti saman dikeluarkan itu membabitkan warga asing yang tiada lesen memandu, termasuk menunggang motosikal tiga roda.

Operasi khas itu dijalankan di beberapa lokasi yang kerap dilaporkan kenderaan motor (tiga roda) sering dilihat membawa muatan secara berbahaya dengan menggunakan motokar dan motosikal melibatkan warga asing, dipercayai memandu dan menunggang tanpa lesen sah.

BSPT IPD Johor Bahru Selatan juga mendapati sebahagian besar warga asing tersebut menjalankan perniagaan barangan lusuh menggunakan motosikal roda tiga, termasuk motosikal biasa yang diubah suai menjadi motosikal roda tiga hingga sanggup mengeluarkan kos antara RM3,000 hingga RM6,000.

Sebanyak lima kenderaan disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.  BSPT IPD Johor Bahru Selatan turut menasihatkan pemilik kenderaan supaya tidak membenarkan kenderaan dipandu warga asing tanpa lesen sah. Tindakan tegas akan diambil dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA >>> JPJ Kesan Premis Jual Kereta Terpakai kepada Warga Asing di Kelantan
BACA >>> Warga Asing Pun Terjebak Trend Rempit Malaysia, Siap Ubah Suai Ekzos

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Pengangkutan Jalan 1987, Auto Terkini, BSPT johor bahru selatan, Johor selatan, motosikal roda tiga, PDRM, polis, warga asing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev