• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Mabuk Salahkan Anjing Pandu Kereta Laju

Pemandu Mabuk Salahkan Anjing Pandu Kereta Laju

May 18, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS tergamam melihat aksi seorang pemandu bertukar tempat duduk dengan anjing peliharaannya ketika ditahan di bandar Springfield, Colorado di Amerika Syarikat (AS).

Suspek berbuat demikian sebagai cubaan mengelakkan diri ditahan kerana melakukan kesalahan memandu bawah pengaruh bahan terlarang seperti alkohol atau dadah.

Jabatan Polis Springfield melaporkan, anggotannya menahan kenderaan suspek pada jam kira-kira 11.30 malam, Sabtu lalu kerana memandu melebihi had laju dibenarkan, iaitu 52 batu sejam (84kmj) di zon 30 batu sejam (48kmj).

Dalam perkongsian di Facebook, polis berkata;

Pemandu cuba menukar tempat duduk dengan anjing peliharaannya di tempat duduk penumpang depan, ketika anggota polis SPD mendekati dan menyaksikan keseluruhan kejadian itu.

"Suspek lelaki kemudian keluar dari pintu penumpang dan mendakwa dia bukan pemandu kenderaan tersebut."

Polis mengesyaki suspek berada dalam keadaan mabuk dan apabila ditanya sama ada dia mengambil alkohol, dia terus melarikan diri. Bagaimanapun, suspek ditangkap kira-kira 18 meter dari kereta.

Suspek dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan dimasukkan ke Penjara Daerah Baca (Baca County Jail) atas kesalahan memandu bawah pengaruh alkohol atau dadah, memandu laju dan menghalang tangkapan dibuat.

Polis berkata, suspek memandu dari Las Animas ke Pueblo (Colorado) sebelum tersesat. Anjing suspek diserahkan kepada rakannya untuk dijaga.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Baca County Jail, Jabatan Polis Springfield, memandu di bawah pengaruh (DUI)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my