AMALAN perkongsian kereta mini (keicar) sesama pengeluar Jepun adalah perkara biasa. Terbaharu, Suzuki Motor Corporation (Suzuki), Daihatsu Motor Co Ltd (Daihatsu) dan Toyota Motor Corporation (Toyota) memperkenalkan prototaip van elektrik dengan sistem kenderaan elektrik bateri (BEV) yang dibangunkan bersama.
Van elektrik itu ditayangkan pada acara yang memperkenalkan usaha industri automobil ke arah neutral karbon, berlangsung 18-21 Mei lalu.
Pameran itu dianjurkan Persatuan Pengeluar Kereta Jepun (JAMA) pada Persidangan G7 Hiroshima. Ketiga-tiga pengeluar berkenaan bekerjasama membangunkan sistem BEV yang sesuai untuk kenderaan komersial mini.
Daihatsu dan Suzuki menggunakan kepakaran dalam menghasilkan kereta saiz kecil, manakala Toyota dalam teknologi elektrifikasi.
Prototaip itu berkongsi rekabentuk sama, tetapi menggunakan nama berbeza, iaitu Suzuki Every, Daihatsu Hijet Cargo dan Toyota Pixis Van.
Daihatsu diberikan tanggungjawab mengeluarkan van itu yang mana ketiga-tiga pengeluar akan melancarkan model masing-masing pada tahun fiskal 2023.
Turut sama dalam projek ialah Perbadanan Teknologi Perkongsian Jepun Komersial (CJPT) yang terlibat dalam perancangan mendapatkan spesifikasi optimum untuk kegunaan logistik peringkat akhir (last mile) efisien.
Jarak pemanduan dianggarkan hingga 200km dan semua van berkenaan dibangunkan supaya menjadi kenderaan yang dapat memenuhi keperluan pelanggan dalam industri penghantaran.
Selain tiga pengeluar itu, Honda juga sedang membangunkan van mini elektrik untuk kegunaan komersial.
BACA >>> UK Perkenal Suzuki Swace (2023), Wagon daripada Toyota Corolla Touring, Harga Mula RM155k
BACA >>> Subaru Rex Boost Gear Concept (2023), Kembar Lasak Daihatsu Rocky, Perodua Ativa
BACA >>> Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
BACA >>> Honda Uji Van Kei-Car Elektrik untuk Tugasan Hantar Barang, Mula Jual 2024
Leave a Reply