• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Indonesia Laksana Semula Saman Manual Jika Guna Telefon Sambil Memandu, Menunggang

Indonesia Laksana Semula Saman Manual Jika Guna Telefon Sambil Memandu, Menunggang

May 17, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS Daerah Metro Jaya Indonesia melaksanakan semula pemberian saman secara manual terhadap pengguna yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Pengarah Trafik Polda Metro Jaya, Kombes Pol Latif Usman berkata, pemberian saman secara manual itu dikuat kuasa semula bagi mereka yang melanggar peraturan dan terlepas daripada pemantauan penguatkuasaan undang-undang trafik elektronik (ETLE).

Antara kesalahan sering terlepas adalah menggunakan telefon bimbit ketika memandu atau menunggang motosikal.

Latif berkata, kesalahan menggunakan telefon bimbit adalah perlanggaran undang-undang yang belum dapat ditangani dan sering terlepas daripada ETLE atau saman elektronik (foto atas).

Dalam keadaan aliran jalan sesak, kamera ETLE sudah tentu mempunyai had memantau pemandu dengan sikap pemanduan berbahaya. Sebab itu perlu dipantau terus anggota (polis)," kata Latif.

Menurutnya, pelaksanaan semula saman manual dianggap mampu memberikan pengajaran lebih baik kepada orang ramai.

Anggota yang turun padang boleh membantu ETLE dari segi pemerhatian terus dan berhubung dengan pemandu yang tidak patuh peraturan,” katanya.

Situasi penunggang menggunakan telefon bimbit ketika menunggang sering ditemui yang biasanya digunakan untuk membuka aplikasi navigasi dan mengetahui lokasi destinasi.

Sebetulnya penunggang mesti menggunakan dua tangan ketika memandu dan tidak memegang telefon bimbit ketika kenderaan sedang bergerak.

Jika anda benar-benar memerlukan arah dan perlu melihat navigasi, berhenti sahaja dahulu. Lihat arah kemudian teruskan perjalanan," katanya.

Bagaimanapun, pelaksanaan kompaun manual tidak semestinya menghapuskan penguatkuasaan ETLE.

Latif menekankan, kompaun manual akan menjadi sokongan kepada tiket elektronik. Pada masa sama, pembangunan teknologi ETLE akan terus dijalankan polis.

BACA >>> JAS Periksa Motosikal Disita Polis, Keluar 20 Saman Ekzos Bising
BACA >>> Saman Ubah Suai Motosikal Akan Naik, Pengusaha Bengkel Juga Tidak Lepas

SUMBER: Kompas

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, ETLE, Indonesia, Kompaun Manual, main telefon, memandu, menunggang, polda metro jaya, Saman Elektronik, saman manual

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my