Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Indonesia Laksana Semula Saman Manual Jika Guna Telefon Sambil Memandu, Menunggang
Auto Terkini

Indonesia Laksana Semula Saman Manual Jika Guna Telefon Sambil Memandu, Menunggang

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize17/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLIS Daerah Metro Jaya Indonesia melaksanakan semula pemberian saman secara manual terhadap pengguna yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Pengarah Trafik Polda Metro Jaya, Kombes Pol Latif Usman berkata, pemberian saman secara manual itu dikuat kuasa semula bagi mereka yang melanggar peraturan dan terlepas daripada pemantauan penguatkuasaan undang-undang trafik elektronik (ETLE).

Antara kesalahan sering terlepas adalah menggunakan telefon bimbit ketika memandu atau menunggang motosikal.

Latif berkata, kesalahan menggunakan telefon bimbit adalah perlanggaran undang-undang yang belum dapat ditangani dan sering terlepas daripada ETLE atau saman elektronik (foto atas).

Dalam keadaan aliran jalan sesak, kamera ETLE sudah tentu mempunyai had memantau pemandu dengan sikap pemanduan berbahaya. Sebab itu perlu dipantau terus anggota (polis),” kata Latif.

Menurutnya, pelaksanaan semula saman manual dianggap mampu memberikan pengajaran lebih baik kepada orang ramai.

Anggota yang turun padang boleh membantu ETLE dari segi pemerhatian terus dan berhubung dengan pemandu yang tidak patuh peraturan,” katanya.

Situasi penunggang menggunakan telefon bimbit ketika menunggang sering ditemui yang biasanya digunakan untuk membuka aplikasi navigasi dan mengetahui lokasi destinasi.

Sebetulnya penunggang mesti menggunakan dua tangan ketika memandu dan tidak memegang telefon bimbit ketika kenderaan sedang bergerak.

Jika anda benar-benar memerlukan arah dan perlu melihat navigasi, berhenti sahaja dahulu. Lihat arah kemudian teruskan perjalanan,” katanya.

Bagaimanapun, pelaksanaan kompaun manual tidak semestinya menghapuskan penguatkuasaan ETLE.

Latif menekankan, kompaun manual akan menjadi sokongan kepada tiket elektronik. Pada masa sama, pembangunan teknologi ETLE akan terus dijalankan polis.

BACA >>> JAS Periksa Motosikal Disita Polis, Keluar 20 Saman Ekzos Bising
BACA >>> Saman Ubah Suai Motosikal Akan Naik, Pengusaha Bengkel Juga Tidak Lepas

SUMBER: Kompas

Auto Terkini ETLE Indonesia Kompaun Manual main telefon memandu menunggang polda metro jaya Saman Elektronik saman manual
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk EV Baharu!

    09/05/2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali Lebih Besar dengan Lapan Jenama, Lancar Portfolio Kereta Sewa Budget!

    08/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    08/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    08/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie08/05/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.