• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chevron Malaysia Lancar Program Caltex Rewards, Mata Ganjaran Boleh Terus Tebus Minyak

Chevron Malaysia Lancar Program Caltex Rewards, Mata Ganjaran Boleh Terus Tebus Minyak

May 16, 2023 By Han Othman 1 Comment

FacebookTwitter


CHEVRON Malaysia Limited (Chevron) yang memasarkan jenama petroleum dan runcit Caltex di Malaysia hari ini melancarkan program kesetiaan terbaharu dipanggil Caltex Rewards.

Menggunakan aplikasi mobil CaltexGO, program Caltex Rewards membolehkan pelanggan mengisi dan membayar minyak, mengumpul mata dan menebus pelbagai ganjaran dengan transaksi sama.

Program kesetiaan itu kini terpakai di semua stesen Caltex seluruh negara.  Pengerusi Chevron Malaysia, Dean Gilbert berkata;

Bagi pengguna di Malaysia, mengisi minyak adalah tugasan rutin yang mana mereka kerap ke stesen minyak. Tujuan tawaran Caltex Rewards mudah, bagaimanakah anda suka diberikan ganjaran setiap kali mengisi minyak? Tiada kos tambahan, tiada perbelanjaan minimum.

Ini bermakna tidak kisah berapa anda mengisi petrol, RM5 atau RM105, anda boleh menebus mata tersebut dengan segera.

Caltex Rewards ialah program utama untuk memacu pertumbuhan aspirasi Chevron Malaysia, dan berhubung dengan pelanggan Malaysia tanpa mengira sepanjang masa.

Caltex Rewards  menawarkan pengalaman pengguna yang lancar dan fungsional sama ada menggunakan aplikasi CaltexGO, laman web, atau kedai stesen, termasuk rakan niaga seperti Family Mart, Lotus dan Grab.

Program ganjaran itu dibuat mengikut keperluan pengguna kenderaan Malaysia yang mahukan tawaran yang menarik untuk menggunakan mata ganjaran diperoleh. Malah, mata ganjaran tersebut juga boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun pembelian minyak.

Ahli Caltex Rewards  boleh memilih jenis ganjaran dari menebus bahan api hingga e-baucar daripada katalog ganjaran yang boleh dibaca di aplikasi CaltexGO dan laman web Caltex.

Jika berminat, anda boleh mendaftar Caltex Rewards menerusi aplikasi mobil CaltexGO, laman web Caltex atau mana-mana stesen minyak Caltex di Malaysia. Ahli baharu yang mendaftar menerusi laman web atau aplikasi mobil akan menerima 500 mata aluan (bernilai RM5).

BACA >>> Beli Pek Promosi Minyak Pelincir Caltex, Dapat Produk Street Borne Edisi Terhad
BACA >>> Inilah 5 Fakta Pantas Minyak Enjin Kereta Caltex Havoline yang Perlu Anda Tahu

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Caltex, Caltex Malaysia, Caltex Rewards, CaltexGO, Chevron Malaysia, Chevron Malaysia Limited, Dean Gilbert, Program Kesetiaan

Comments

  1. Maba Kelate says

    May 28, 2024 at 10:58 AM

    Tidak dinyatakan berapa mata ganjaran untuk menebus berapa liter minyak

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my