• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Tamiya Wild One MAX Launch Edition (2024), Kereta Mainan Jadi Realiti!

Tamiya Wild One MAX Launch Edition (2024), Kereta Mainan Jadi Realiti!

May 31, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


BAGI kanak-kanak atau remaja 80-an dan 90-an, apakah permainan yang anda gemari? Mungkin ada menjawab kereta Tamiya.

Tamiya bukan sekadar permainan atau hobi, sebaliknya kereta itu mendedahkan asas pembinaan kereta elektrik yang turut memberikan ilmu dan kreativiti bagi meningkatkan prestasi.

Terbaharu, sebuah syarikat dari Britain berminat mahu membawa kereta Tamiya ke dunia off-road dan jalan raya sebenar.

The Little Car Company mengumumkan perincian pertama mengenai Tamiya Wild One MAX yang diasaskan daripada kereta kawalan jauh (RC) Tamiya Wild One (58050) yang diperkenalkan pada 1985 (lihat video atas), dan akan ditayangkan kepada umum beberapa bulan lagi menerusi model edisi terhad Launch Edition.

Tamiya Wild One MAX Launch Edition itu akan dibuat dalam skala penuh dan jualan dihadkan 100 unit sahaja sebelum versi lain menyusul.

Projek itu sebenarnya sudah diumumkan pada April 2021 dan mengambil masa lebih lama kerana mengalami masalah bekalan yang melanda industri. Tempoh itu dimanfaatkan The Little Car Company untuk mendengar respons daripada pemegang deposit.

Input diterima itu kemudian digunakan untuk menaik taraf yang mana hasilnya dapat dilihat pada prestasi lebih tinggi dan fungsional lebih baik.

Tamiya Wild One MAX Launch Edition dilengkapi kerusi lumba Cobra dengan tali keledar 4-poin, skrin digital 5 inci gred IP dan juga suis kalis air (marine spec).

Tamiya Wild One MAX Launch Edition.02
Tamiya Wild One MAX Launch Edition.04

Sistem brek menggunakan set Brembo untuk semua roda, manakala sistem suspensi jenis Bilstein dengan spring Eibach. Tayar pula jenis off-road Maxxis 14 inci.

The Little Car Company juga membuat beberapa perubahan rekabentuk asal bagi menambah baik keselamatan dan keselesaan. Kabin diperbesar untuk selesa memuatkan dua penumpang berdasarkan input daripada pemegang deposit.

Tapak atas (turet) suspensi depan pula diubah bagi mempertingkat tahap penglihatan dan keselamatan pejalan kaki. Rekaan suspensi depan juga diubah daripada jenis lengan trel (trailing arm) kepada double wishbone.

Dimensi kereta pula bertambah dengan ukuran panjang 3.5 meter kepada 3.6 meter, dan lebar 1.8 meter kepada 1.9 meter. Bagi pemanduan off-road, Tamiya Wild One MAX Launch Edition mempunyai tahap lega bumi 270mm.

Sudut daki depan (approach) pada tahap 34.1º, sudut lepas tengah (breakover) 28.4º dan sudut lepas belakang (departure) 50.8º. Supaya lebih praktikal, The Little Car Company membangunkan dan menawarkan pilihan cermin depan dan pengelap cermin.

Kereta Tamiya ini dijana lapan pek bateri boleh tanggal dengan kapasiti 14.4kWj dan anggaran kelajuan maksimum 96.5kmj, manakala berat badan kira-kira 500kg.

Di sebalik pakej ditawarkan, The Little Car Company turut bertanya kepada pemegang deposit sama ada berminat dengan versi sah atas jalan raya awam.

Menariknya, 95 peratus bersetuju! Justeru syarikat itu bakal membangunkan kit jalan raya untuk model Launch Edition di Britain dan Kesatuan Eropah (EU) mengikut Peraturan Kuadrisikal L7E.

Pengeluaran Launch Edition akan bermula awal 2024. Tidak seperti Tamiya, kereta berkenaan akan siap dipasang Launch Edition. Harga dan spesifikasi lanjut akan diumumkan kelak dan pelanggan berminat hanya perlu membayar deposit £100 (RM560).

BACA >>> Bentley Hasilkan Mainan Garaj Kayu dan Kereta Mainan untuk Si Cilik
BACA >>> #BikinKereta: MINI Remastered Oselli Edition - Model Klasik Edisi Terhad Buatan Tangan

Tamiya Wild One MAX Launch Edition.01
Tamiya Wild One MAX Launch Edition.03
Tamiya Wild One MAX Launch Edition.05
Tamiya Wild One MAX Launch Edition.02
Tamiya Wild One MAX Launch Edition.04
tamiya-wild-one-max-2024-2
tamiya-wild-one-max-2024-3

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda4, Tamiya, Tamiya Wild One MAX, Tamiya Wild One MAX Launch Edition, Tamiya Wild One MAX Launch Edition (2024), The Little Car Company

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev