MAJLIS Tindakan Ekonomi Negara (EAC) bersetuju memperhalusi subsidi bersasar bagi diesel yang akan memanfaatkan sembilan jenis kenderaan dalam sektor pengangkutan barangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, pemberian diesel bersubsidi kepada sektor pengangkutan darat (barangan) melalui mekanisme 'fleet card' Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) akan diperkenalkan.
PM berkata dengan cara ini, kita dapat mengesan pihak yang memerlukan dan bukan diambil untuk dijual semula kepada kilang seperti berlaku sekarang ini.
Ini akan memastikan sektor logistik dapat menguruskan pengangkutan barangan melalui sistem subsidi dan membantu usaha Kerajaan membendung inflasi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis itu.
Jenis kenderaan yang terlibat termasuk lori kargo am, lori penghantaran minuman, lori sejuk beku, lori kotak, lori tugas berat dan lori tangki.
Anwar berkata, sistem itu juga membantu Putrajaya memantau penggunaan diesel dan mencegah ketirisan atau penyalahgunaan subsidi disasarkan.
Semakan menunjukkan penggunaan diesel meningkat 37.7 peratus daripada 6.1 bilion liter pada 2019 kepada 8.4 bilion liter pada 2022. Pada masa sama, jumlah kenderaan berdaftar menggunakan diesel meningkat sebanyak 2.4 peratus.
Beliau berkata lagi, peningkatan mendadak penggunaan diesel berbanding jumlah kenderaan diesel membayangkan ada pihak tertentu terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
BACA >>> Aktiviti Seleweng Diesel Gagal, KPDNHEP NS Serbu Stor Haram!
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Enjin Diesel dan Petrol?
Leave a Reply