• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SUV Elektrik Honda e:Ny1 Debut di Eropah dengan Rupa Mirip HR-V

SUV Elektrik Honda e:Ny1 Debut di Eropah dengan Rupa Mirip HR-V

May 15, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) pertama Honda e, Honda kini mendedahkan kereta elekrik seterusnya yang dinamakan Honda e:Ny1 di Jerman, baru-baru ini.

Honda memanggil e:Ny1 sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) atau crossover segmen-B. Berdasarkan rekabentuk dalaman dan luaran, SUV ini boleh dianggap sebagai Honda HR-V terbaharu, tetapi dalam versi elektrik penuh.

Walaupun EV ini versi Eropah, tetapi Honda e:Ny1 berkongsi banyak persamaan dengan dua model Honda HR-V versi elektrik yang dipasarkan di China seperti Honda e:NS1, dihasilkan Dongfeng Honda, dan Honda e:NP1 (GAC Honda).

Walaupun tidak disebut Honda sebagai HR-V versi eletrik, tetapi rupa EV itu memang tidak tumpah seperti HR-V dengan beberapa kelainan denganm ciri khas gaya EV seperti tiada gril depan, bampar depan berbeza, rim dan lain-lain.

Bahagian dalaman  juga seperti HR-V yang hadir dengan unit infotainmen skrin sentuh vertikal 15.1 inci di tengah papan pemuka (seperti Tesla) dan kluster instrumen jenis digital penuh.

Di Malaysia, Honda Malaysia masih lagi belum melancarkan model EV penuh secara rasmi. Model Honda e sebelum ini hanya dibawa masuk ke Malaysia melalui pihak ketiga.

Sebenarnya, masih belum ada petunjuk jelas Honda Malaysia akan membawa masuk EV untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat. Apa yang pasti, Malaysia akan menerima Honda WR-V terlebih dahulu.

EV Honda seperti ini pula dijangka tiba dalam masa setahun dua nanti.

BACA >>> Honda HR-V Tiba-Tiba Brek Secara Automatik, Radar Keliru Dengan Bayang-Bayang? 
BACA >>> Honda Uji Van Kei-Car Elektrik untuk Tugasan Hantar Barang, Mula Jual 2024

honda e-Ny1
honda e-Ny1-1
honda-eNy1-electric-eu-2023-4
honda-eNy1-electric-eu-2023-2
honda-eNy1-electric-eu-2023-1
honda-eNy1-electric-eu-2023-3
interior honda e-Ny1

SUMBER: AutoIndustriya

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: EV, Honda, Honda E, Honda e:NY1, Honda HR-V EV, HR-V, kereta elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev