• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skuter Elektrik Honda EM1 e: Sasar Penunggang Muda Eropah dengan Bateri Boleh Tanggal

Skuter Elektrik Honda EM1 e: Sasar Penunggang Muda Eropah dengan Bateri Boleh Tanggal

May 31, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


BAGI agenda elektrifikasi berjaya, pemain utama dalam industri kenderaan bermotor perlu aktif mengambil bahagian. Antara syarikat besar dalam industri itu ialah Honda yang menawarkan produk daripada sekecil generator hingga pesawat udara.

Walaupun jualan kereta Honda tidak setinggi tiga jenama teratas, tetapi pengeluar itu saban tahun menghasilkan jutaan produk dengan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Honda EM1 e 2023.10
Honda EM1 e 2023.11

Justeru langkah Honda dalam penawaran kenderaan elektrifikasi sangat penting. Pada September 2022, Honda mengumumkan rancangan memperkenalkan 10 atau lebih kenderaan elektrik dua roda menjelang 2025.

Susulan itu, Honda memperkenalkan EM1 e: sebagai kenderaan elektrik (EV) dua roda pertama jenama itu yang ditawarkan untuk pengguna Eropah.

EM, yang bermaksud Electric Moped disasarkan kepada pengguna muda yang mahukan pengangkutan bandar bebas emisi, mudah dan menyeronokkan. Tunggangan bandar bermaksud skuter ini boleh dipandu sejauh 41.3km dengan kelajuan maksimum 45kmj.

Honda mendakwa seorang pelajar secara putara menunggang sejauh 30km pada hari biasa dan jika difikirkan, logik jarak itu sebenarnya sudah memadai. Tambahan pula, Honda EM1 e: menggunakan bateri boleh ganti (swappable) yang praktikal jika mahu digunakan lebih jauh.

Satu lagi yang membuatkan skuter EV itu relevan adalah peningkatan peraturan yang tidak membenarkan kenderaan bahan api fosil diparkir di bandar Eropah.

Dari segi teknikal, Honda EM1 e: dibekalkan bateri Honda Mobile Power Pack e: 50V. Berdasarkan ujian dalaman Honda, bateri tersebut boleh digunakan hingga 41.3km, atau anggaran 48km dalam mod ECON (30km - WMTC Kelas 1).

Honda EM1 e 2023.06
Honda EM1 e 2023.08

Bateri litium-ion itu juga mudah ditanggalkan untuk diganti bateri baharu atau dicas di rumah. Menurut Honda, bateri itu boleh dicas lebih 2,500 kali. Set pengecas bateri pula dilengkapi kipas penyejuk udara dan menggunakan sumber tenaga elektrik fasa tunggal AC100-240V dan kadar tenaga maksimum 270W.

Berat pengecas 5.3kg, manakala berat bateri pula sekitar 10kg. Proses mengecas 0-100 peratus memerlukan kira-kira 6 jam, atau 160 minit daripada 25 peratus hingga 75 peratus.

Motor tanpa berus (brushless) dalam roda mempunyai output 0.58kW yang menjana kuasa 1.7kW. Dalam mod ECON, output kuasa ditetapkan pada 0.86kW. Tork maksimum pula 90Nm.

Dari segi prestasi, skuter ini mampu mendaki sudut 10º dengan berat 75kg. Honda EM1 e: memiliki dimensi panjang 1,860mm, lebar 680mm, dan tinggi 1,080mm, manakala berat termasuk bateri 95kg.

Tinggi pelana 740mm dan boleh memuatkan dua individu dengan beban 180kg.

BACA >>> Honda Uji Van Kei-Car Elektrik untuk Tugasan Hantar Barang, Mula Jual 2024
BACA >>> Honda Trail125 (2023) Diperkenal di AS, Enjin Baharu Seperti Super Cub, RM17.7k!

Honda EM1 e 2023.27
Honda EM1 e 2023.05
Honda EM1 e 2023.24
Honda EM1 e 2023.26
Honda EM1 e 2023.16
Honda EM1 e 2023.15
Honda EM1 e 2023.14
Honda EM1 e 2023.01
Honda EM1 e 2023.10
Honda EM1 e 2023.25
Honda EM1 e 2023.11
Honda EM1 e 2023.13
Honda EM1 e 2023.12
Honda EM1 e 2023.08
Honda EM1 e 2023.07
Honda EM1 e 2023.06
Honda EM1 e 2023.09
Honda EM1 e 2023.23
Honda EM1 e 2023.22
Honda EM1 e 2023.21
Honda EM1 e 2023.20
Honda EM1 e 2023.19
Honda EM1 e 2023.18
Honda EM1 e 2023.17
Honda EM1 e 2023.04
Honda EM1 e 2023.03
Honda EM1 e 2023.02

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: EV, Honda, Honda EM1 e:, Kenderaan Elektrik (EV), Moped Elektrik, roda2, skuter elektrik, Skuter EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev