• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Tangkap 'Fast and Furious Segamat'!

Polis Tangkap 'Fast and Furious Segamat'!

May 15, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


PASUKAN polis Skuad 42 Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Segamat (BSPTD Segamat) menahan sekumpulan pemilik kereta sedang berlumba haram dan penonton perlumbaan itu di tepi jalan ketika melakukan Op Samseng di Jalan Laksamana, Segamat Johor.

Semua kereta didapati sedang berlumba dan bersaing sesama sendiri secara melulu dan berbahaya dari arah Persimpangan Sia Her Yam ke arah Jalan Laksamana.

Skuad 42 kemudian mengekori kumpulan tersebut dan menahan kereta jenis Honda Civic Ferio hijau, Proton Satria marun dan Proton Wira biru sebelum mengarahkan semua saspek turun dari kenderaan untuk diperiksa ketika berhenti di lampu isyarat merah di Persimpangan lampu isyarat Syed Abdul Kadir.

Polis turut menahan dua kereta jenis Proton Satria Neo dan Proton Saga BLM yang sedang berhenti di tepi jalan untuk menonton dan merakam aksi perlumbaan haram tersebut. Bagaimanapun, sebuah Honda Civic EK kelabu didapati melarikan diri melalui Jalan Sia Her Yam.

Semua saspek dengan kereta masing-masing dibawa ke BSPTD Segamat untuk proses dokumentasi dan tindakan selanjutnya serta disita di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987. Usaha mengesan pemandu Civic EK kelabu sedang dijalankan dan pihak polis memohon sesiapa yang ada maklumat supaya menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.

BACA >>> Tiada Hadiah, Cuma Uji Enjin, Polis Tahan Dua Mekanik Lumba Haram di Lebuhraya DASH
BACA >>> Bergelimpangan Atas Jalan! Dua Maut, Lima Parah Lumba Haram di PLUS Sungai Petani

SUMBER: FBIPDSegamat

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Segamat (BSPTD Segamat), BSPTD Segamat, Lumba Haram, Op Samseng, Polis Segamat, Skuad 42

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev