• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mazda Jual Lebih 1.1 Juta Unit Kenderaan Sepanjang Fiskal 2022!

Mazda Jual Lebih 1.1 Juta Unit Kenderaan Sepanjang Fiskal 2022!

May 30, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


BERBANDING pengeluar lain, Mazda mengambil pendekatan berbeza dalam produk ditawarkan. Syarikat berpangkalan di Hiroshima, Jepun itu mementingkan kepuasan memandu dan juga rekabentuk sarat falsafah.

Bukan saja dua aspek itu, Mazda baru-baru ini menghidupkan semula enjin rotari untuk dijadikan generator kepada motor elektrik MX-30. Ada pengeluar lain yang menggunakan teknologi rotari hari ini?

Mazda memang berani kerana pengeluar itu tiada jenama kedua atau subsidiari automotif lain, termasuk tiada sampingan seperti motosikal atau kenderaan komersial berat. Dengan mengambil jalan berbeza, adakah berbaloi? Jawapannya dapat dilihat pada prestasi perniagaan.

Bagi tahun fiskal 2022 yang berakhir 31 Mac lalu, jualan global Mazda mencatatkan 1,110,000 unit kenderaan yang menjadi angka tinggi untuk syarikat seperti itu.

Jualan bersih yang dicatatkan ialah 3,826.8 bilion yen (RM126.4 bilion), meningkat 23 peratus berbanding tahun lalu.

Prestasi jualan itu menyumbang kepada keuntungan operasi 142 bilion yen (RM4.68 bilion) dan pendapatan bersih 142.8 bilion yen (RM4.71 bilion), meningkat 36 peratus dan 75 peratus.

Sebagai syarikat global, pasaran mana paling ramai pembeli?

Pengguna Amerika Utara menjadi pembelian kenderaan Mazda tertinggi dengan jualan 407,000 unit, tetapi angka itu sebenarnya menyusut 7 peratus. Jualan itu didorong pengenalan model seperti Mazda CX-50, dan CX-30 serta model lain.

Jualan di negara asal, Jepun mencatatkan angka 165,000 unit, meningkat 11 peratus. Di China pula, yang merupakan pasaran terbesar Mazda di Asia mencatatkan jualan 84,000 unit, manakala jualan Eropah menurun 16 peratus kepada 160,000 unit.

Namun, jualan suku keempat di Eropah meningkat ketara sebanyak 21 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang disumbang model elektrifikasi seperti Mazda2 Hybrid (foto atas kiri), dan Mazda CX-60 PHEV.

Bagi tahun fiskal 2024, Mazda menjangka jualan kenderaannya mencecah 1,300,000 unit. Mazda juga menjangka kembali bangkit di Eropah dengan ramalan jualan 189,000 unit atau peningkatan 18 peratus.

BACA >>> Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV (2023) Menang Anugerah Inovasi TopGear.com!
BACA >>> Sistem KPC Buat Mazda MX-5 Miata (2022) Sedap Layan 'Corner'!
BACA >>> Enjin Rotari Kembali Lagi untuk Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV Berkuasa 168hp, Tork 260Nm

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jualan Global Mazda, Jualan Mazda, mazda, Mazda Corporation

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my