• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota bZ4X Versi Malaysia Mampu Pandu hingga 500km? Harga Belum Dedah

Toyota bZ4X Versi Malaysia Mampu Pandu hingga 500km? Harga Belum Dedah

May 12, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


SEMPENA pembentangan strategi UMW Toyota (UMWT) mencapai sasaran neutral karbon menjelang 2050, unit sampel kenderaan elektrik bateri (BEV) Toyota bZ4X dibawa masuk ke Malaysia untuk dinilai dan ditayangkan kepada media secara tertutup, baru-baru ini.

Dibangunkan berasaskan platform e-TNGA yang lebih rigid dengan pusat graviti  (CoG) lebih rendah, Toyota bZ4X ialah kereta elektrik penuh pertama Toyota.

Berikut perincian Toyota bZ4X:

Trenkuasa

Berbeza spesifikasi Thailand yang menggunakan pacuan semua roda (AWD), varian Malaysia yang ditayangkan ialah varian motor elektrik tunggal berkuasa 202hp dan tork 266Nm dalam pacuan roda depan (FWD).

Spesifikasi trenkuasa Toyota bZ4X versi Malaysia sama seperti unit dilancarkan di Indonesia tahun lalu. Sebagai perbandingan, model Thailand menghasilkan 107hp dengan output keseluruhan 216hp dan tork 337Nm.

Bateri

Toyota bZ4X ini menerima bateri litium-ion 71.4 kWh, sama seperti model Thailand dan Indonesia. Bezanya, varian Malaysia dan Indonesia menerima jarak perjalanan lebih jauh pada 500km berbanding Thailand (411km) mengikut kitaran Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).

SUV EV ini juga menerima sokongan pengecas AC (Type 2) hingga 6.6kW dan pengecasan pantas DC (CCS2) hingga 150kW yang mampu mengecas 0 hingga 80 peratus dalam masa 30 minit.

Luaran

Selain bentuk crossover, luaran Toyota bZ4X menampilkan ciri lampu LED depan dan belakang, port pengecas sebelah kiri, rim 20 inci, spoiler kembar dan but kuasa.

Dalaman

Ruang dalaman Toyota bZ4X menampilkan kluster instrumen 7 inci dengan unit infotainmen skrin sentuh 12.3 inci. Penyaman udara jenis dwi-zon dengan ventilator tambahan di belakang, manakala konsol tengah menampilkan tombol gear bulat unik dan pengecas telefon wayarles.

Ciri Keselamatan

Buat masa ini, kami difahamkan Toyota bZ4X di Malaysia ini dilengkapi teknologi bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS) seperti di bawah:

  • Kawalan Jelajah
  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Kamera 360º
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Bantuan Parkir Kereta (CPA)

Harga

Walaupun harga masih lagi belum didedahkan UMWT, tetapi model ini dijual pada harga Rp1.19 bilion (RM357,730) di Indonesia, manakala model AWD di Thailand berharga 1.836 juta baht (RM241,520).

BACA >>> UMWT Bawa Masuk Toyota bZ4X untuk Kajian Capai Misi Neutral Karbon Menjelang 2050
BACA >>> bZ4X Concept - Bakal Jadi Siri EV Baharu Toyota Masa Depan

Toyota BZ4X-1
port cas bZ4X
Toyota bZ4X trenkuasa
Toyota BZ4X-14
Toyota BZ4X-11
Toyota BZ4X-10
Toyota BZ4X-9
Toyota BZ4X-8
Toyota BZ4X-7
Toyota BZ4X-6
Toyota BZ4X-5
Toyota BZ4X-4
Toyota BZ4X-3
Toyota BZ4X-1
Toyota BZ4X-
Toyota BZ4X-2

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, Toyota BEV, Toyota bZ4X, Toyota bZ4X BEV (2023), UMW Toyota Motor (UMWT), UMWT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev