• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Almera (2023) Facelift Lancar di Thailand, Harga Mula RM72.4k!

Nissan Almera (2023) Facelift Lancar di Thailand, Harga Mula RM72.4k!

May 12, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


Nissan Almera (2023) versi dipertingkat (facelift) yang didedahkan Oktober 2022 untuk pasaran Amerika Utara, kini membuat kemunculan pertama di pasaran Asia Tenggara, iaitu di Thailand, baru-baru ini.

Nissan Almera (2023) facelift menampilkan sedikit perubahan dalaman dan luaran, serta dilengkapi pelbagai ciri pintar tambahan.

Luaran Nissan Almera (2023) facelift diperbaharui dengan rekaan gril V-motion baharu yang lebih lebar dengan kemasan hitam piano dan krom untuk penampilan lebih berani dan agresif.

Walaupun Nissan Almera (2023) untuk pasaran Amerika Utara mendapat rim 17 inci untuk model spesifikasi premium, tetapi model didedahkan di Thailand dilengkapi rim aloi 15 inci lebih kecil.

;

Sebagai makluman, varian premium VL di Filipina mendapat rim 16 inci, lebih besar daripada model Thailand. Juga ada warna luaran Grey Sky Pearl (kelabu) baharu untuk pasaran Thailand.

Ruang dalaman Nissan Almera (2023) facelift di Thailand menerima warna kabin baharu dalam skema hitam dan biru (mengikut varian) berbanding hitam putih dan sebelum ini.

Sedan segmen-B ini turut dilengkapi pakej Nissan Connect Services yang menggabungkan aplikasi navigasi, keselamatan dan hiburan. Ciri ini diperkenal buat kali pertama pada Nissan Almera bersama ciri lain seperti pengecasan wayarles dan cermin pandang belakang tanpa bingkai.

Trenkuasa Nissan Almera (2023) facelift kekal tidak berubah untuk pasaran Thailand dengan enjin 3-silinder 1.0L Turbo berkuasa 98hp dan tork 152Nm, manakala transmisi automatik CVT Xtronic.

Sedan ini turut menerima tambahan ciri kawalan jelajah.

Ciri keselamatan Nissan Almera (2023) facelift dibekalkan 6 beg udara SRS, dan ciri bantuan pemandu canggih seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Amaran Titik Buta (BSW), Amaran Tukar Lorong (LDW), Pemantau Tekanan Tayar (TPM) dan Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA).

Di Thailand, Nissan Almera (2023) facelift dijual pada harga 549,000 baht (RM72,410) hingga 699,000 baht (RM92,200).

Walaupun tiada pengesahan daripada pengedar Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengenai tarikh pelancaran di Malaysia, tetapi dengan pelancaran di negara jiran itu, ada kemungkinan sedan subkompak tersebut bakal dilancarkan di sini tidak lama lagi bagi menggantikan Nissan Almera sedia ada.

BACA >>> Nissan Sentra (2023) Lancar di AS, Harga Mula RM89k
BACA >>> Nissan Bikin Sistem Amaran Elak Penumpang Tertinggal untuk Kenderaan Lama!

Nissan Almera 2023 (1)
almera 2023
nissan-almera-2023-facelift-thailand-cabin
nissan-almera-2023-facelift-thailand-nissan-connect-services
nissan Almera 2023
interior-almera 2023
nissan-almera-2023-facelift-thailand-4
nissan-almera-2023-facelift-thailand-5
nissan-almera-2023-facelift-thailand-6
nissan-almera-2023-facelift-thailand-7
nissan-almera-2023-facelift-thailand-9
nissan-almera-2023-facelift-thailand-10
nissan-almera-2023-facelift-thailand-8

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Facelift, Nissan Almera, Nissan Almera (2023), Nissan Connect Services, Roda4, Sedan, sedan segmen-B, sedan subkompak, Thailand, turbo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev