• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Wave Alpha Daftar Paten di Indonesia, Ganti Kapcai Revo-X?

Honda Wave Alpha Daftar Paten di Indonesia, Ganti Kapcai Revo-X?

May 12, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


BOON Siew Honda (BSH) menawarkan model kapcai asas Honda Wave Alpha di pasaran Malaysia sejak 2020. Nampaknya, model itu ada kemungkinan diperkenalkan di Indonesia sebagai pengganti Honda Revo-X.

Portal TMCBlog baru-baru ini membuat semakan di laman Pangkalan Data Kekayaan Intelektual Indonesia (PDKI) dan mendapati Honda Japan ada mendaftar paten rekabentuk kapcai itu di Indonesia.

Berdasarkan maklumat, motosikal rekaan dua warga Thailand, Sorawit Maliphan dan Nirote Wongprasert itu didaftar dengan Badan Paten Rasmi Indonesia sejak 10 April 2023 dan sudah menerima kelulusan.

Secara am, foto didedahkan dokumen tersebut dalam bentuk lakaran komputer 3D yang hampir sama dengan kapcai Honda Wave Alpha di Malaysia.

Perubahan paling ketara Wave Alpha di Malaysia adalah pengenalan sistem suntikan bahan api PGM-FI untuk enjin patuh Euro4 jenis 4-lejang silinder tunggal 109.2 cc SOHC berkuasa 8.7hp @ 7,500rpm dan tork 8.7Nm @ 5,500rpm, manakala transmisi klac automatik 4-kelajuan.

Kapcai itu memiliki ruang simpanan 7.3 liter dan lampu signal belok jenis capang, serta berat 98kg.

Tinggi pelana 768mm. Sistem brek cakera di depan, dan brek dram di belakang. Bahagian roda menggunakan rim 17 inci dengan tayar 70/90 (depan) dan 80/90 (belakang).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), Honda Wave Alpha, Kapcai, Nirote Wongprasert i, Pangkalan Data Kekayaan Intelektual Indonesia (PDKI), roda2, Sorawit Maliphan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev