• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mat Motor Kurang Siuman Tahan, Cium Cermin Depan Kereta Wanita

Mat Motor Kurang Siuman Tahan, Cium Cermin Depan Kereta Wanita

May 11, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


TULAR satu klip video seorang lelaki menahan dan mencium cermin depan kereta dipandu seorang wanita di sebatang jalan di Kuching, Sarawak.

Klip video gangguan seksual 21 saat itu tular di Twitter sejak 8 Mei lalu, dan Polis Kuching mengesahkan menerima laporan daripada mangsa, wanita berumur 26 tahun.

Suspek menunggang motosikal jenis kapcai berwarna kuning dan bertindak menahan sebelum mencium cermin depan kereta mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata, suspek berusia 21 tahun itu ditahan pada 8 Mei lalu selepas mendapat aduan daripada mangsa.

Beliau berkata;

Kira-kira jam 7 malam di Jalan Kampung Rampangi, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching membuat tangkapan ke atas suspek. Turut dirampas motosikal digunakan suspek ketika kejadian.”

"Semakan rekod mendapati suspek ada dua rekod lampau berkaitan kes jenayah narkotik dan jenayah harta benda."

Merbin mendakwa suspek memiliki kad rawatan psikiatri dari Hospital Umum Sarawak dan masih menjalani rawatan susulan.

Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 28 Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Sarawak 1957 dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, cium cermin kereta wanita, Hospital Umum Sarawak, mat motor, Merbin Lisa, orang kurang siuman, polis kuching, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev