• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / WTCA Umum Projek CKD Pertama Asean untuk Model GAC MOTOR, Bernilai Lebih RM60j!

WTCA Umum Projek CKD Pertama Asean untuk Model GAC MOTOR, Bernilai Lebih RM60j!

May 11, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), yang juga anak syarikat milik penuh Warisan TC Holdings Bhd, mengumumkan projek pemasangan tempatan (CKD) bernilai lebih RM60 juta dengan Guangzhou Automobile Group (GAC) sebagai projek CKD pertama GAC di Asean.

Pelaburan itu melibatkan pembuatan model GAC Motor GS3 serba baharu, dan meluaskan kehadiran pengeluar itu di seluruh negara.

Projek CKD itu diumumkan kira-kira 18 bulan selepas WTCA dan GAC International menandatangani perjanjian pengedaran dengan melantik WTCA sebagai pengedar tunggal dan eksklusif kenderaan GAC di Malaysia.

Sebahagian pelaburan RM60 juta itu akan digunakan untuk pelaburan khusus model seperti peralatan, dan peningkatan kemudahan di fasiliti Tan Chong Segambut untuk memenuhi keperluan pemasangan tempatan model CKD baharu dan keperluan piawaian GAC.

gac-motor-logo
warisan-tc-holding-bhd-logo

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  Warisan TC Holdings Bhd, Tan Keng Meng;

Kumpulan kami mempunyai kerjasama kukuh dengan GAC untuk memastikan kami dapat memenuhi Piawaian Kualiti GAC.

"GAC menetapkan standard yang sangat tinggi dalam industri automotif kerana mereka telah mendominasi Top 1 dalam Tinjauan Kualiti Permulaan JD Power China selama lapan tahun berturut-turut."

Dalam pada itu, Naib Presiden Kumpulan GAC dan Pengerusi Antarabangsa GAC, ​​Yu Jun yakin dengan pengalaman luas WTCA dalam industri automotif, pembangunan tiga hingga lima tahun, pengeluaran dan jualan dijangka mencapai 50,000 unit.

WTCA juga akan menggunakan pelaburan tersebut dalam rancangan untuk menubuhkan lebih 70 bilik pameran melalui persediaan cawangan sendiri dan melantik pengedar seluruh negara.

Bilik pameran perdana GAC ​​MOTOR Malaysia pertama akan berpangkalan di Seksyen 13 Petaling Jaya yang dijangka siap suku ketiga 2023.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, WTCA akan memperkenal inventori menarik dan komprehensif bagi model GAC MOTOR pemanduan sebelah kanan (RHD) seperti kenderaan utiliti sukan (SUV), sedan dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

Selain itu, semua model Global GAC Motor baharu akan dibangunkan serentak untuk kedua-dua pacuan RHD dan sebelah kiri (LHD) yang memastikan pengguna Malaysia menerima model terkini pada kadar sama seperti pengguna global lain.

Pada masa sama, WTCA menyerahkan 25 unit GAC MOTOR GS3 SUV kepada Mayflower Car Rental Sdn Bhd. WTCA memperoleh 50 unit GAC MOTOR GS3 SUV daripada WTCA.

BACA >>> GAC GS3 Terjah Pasaran Malaysia, Mampukah Lawan X50, HR-V? Harga Mula RM88k!
BACA >>> Tc Euro Cars Buka Bilik Pameran Renault Baharu Di Seremban

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ASEAN, Auto Terkini, CKD, GAC Motor, GAC Motor Malaysia, Guangzhou Automobile Group (GAC), Warisan TC Holdings Bhd, WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), WTCA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev