• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Fail Tanda Dagang RZ250, RZ350, Model Ikonik Bakal Kembali?

Yamaha Fail Tanda Dagang RZ250, RZ350, Model Ikonik Bakal Kembali?

May 9, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBAGAI motosikal yang masih segar dalam ingatan ramai, ada kemungkinan model ikonik Yamaha RZ250 dan RZ350 bakal dikeluarkan semula. Benarkah?

Tanda dagang kedua-dua model dua lejang Yamaha itu baru saja dipatenkan di negara asalnya, Jepun.

Memandangkan Jepun salah satu pasaran motosikal itu dijual di bawah barisan RZ (dikenali sebagai RD di Britain), tidak pelik jika ada teruja memikirkan kemungkinan dua model itu kembali. Tetapi adakah itu sebenarnya berlaku?

Malangnya, ia mungkin tidak berlaku. Ini kerana jika Yamaha mahu melancarkan senjata jalan raya dan trek dengan enjin 2-lejang, pengeluar itu perlu melalui banyak ujian emisi hingga menyebabkan produk tersebut kekurangan kuasa dan menelan kos  mahal untuk menampung semua kerja pembangunan.

Kemungkinan besar apa berlaku di sini ialah Yamaha mahu melihat ke masa lalu untuk membantu membentuk masa depann dengan menggunakan nama RZ pada beberapa model 4-lejang yang dikuasakan secara konvensional.

Itu bukan saja dapat menarik minat penunggang berusia yang mencari motosikal moden dengan sentuhan retro. Namun, ketika ibu bapa membeli motosikal buat anak mereka, model tersebut dijangka mampu menarik perhatian ibu bapa dengan nama yang memiliki kenangan menunggang ketika zaman muda mereka.

Perkara sama sudah berlaku pada Yamaha R7 yang dikeluarkan baru-baru ini. Bagi sesetengah orang, tanda dagang R7 membawa maksud kepulangan sportbike 750cc  yang dibina untuk dilanyak di trek. Walaupun R7 baharu agak berbeza, tetapi tunggangan tetap menyeronokkan.

Atau mungkin juga nama berkenaan dilindungi semula kerana Yamaha tidak mahu kehilangan hak kepada dua model yang sangat terkenal itu.

Ada juga kemungkinan tindakan Yamaha hanya untuk memastikan tiada pengeluar lain boleh menggunakan nama penuh legasi sejarah itu.

Pada pendapat anda, adakah Yamaha RZ250 dan RZ350 akan kembali dikeluarkan?

BACA >>> Cuma 5k Unit Yamaha Y16ZR Doxou Tech Art (2023) Dijual, Harga RM11.8k dan Dapat Sijil!
BACA >>> Rossi Duta Rasmi Jenama Yamaha

SUMBER: VisorDown

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2 lejang, Auto Terkini, RD250, RD350, tanda dagang, trademark, yamaha RZ250, Yamaha RZ350

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my