• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan GT-R (2024) Bakal Lancar Di Filipina, Harga RM999k?

Nissan GT-R (2024) Bakal Lancar Di Filipina, Harga RM999k?

May 8, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


WALAUPUN usianya sudah tua, namun Nissan R35 GT-R yang sudah berusia 16 tahun sejak dilancarkan telah diberikan menerima wajah baharu yang direka semula serta warna baharu supaya ia kekal segar.

Menurut imej yang bocor dari Nissan Autohub, Nissan GT-R 2024 akan dijual di pasaran Filipina pada harga PHP 12.445 juta (RM999,500).

Terdapat peningkatan yang ketara dari segi harga kerana GT-R 2020 dijual pada harga sekitar PHP 8.9 juta. (RM714,892).

Namun harga itu masih belum mampu mengalahkan harga premium GT-R NISMO 2020 yang pada asalnya dijual pada harga PHP 13.2 juta (RM1.06 juta) dan meningkat kepada PHP 15 juta (RM1.2 juta).

Apa yang ada pada Nissan GT-R 2024?

Walaupun spesifikasi tepat masih belum didedahkan, mereka yang ingin membelinya boleh mengharapkan fascia hadapan baharu yang menggunakan rupa yang lebih berbentuk petak.

Tiada lagi gril V-Motion kerana telah ditukar dengan gril yang lebih panjang dan lebih licin.

Ada juga lampu nyalaan siang hari sudut (DRL) daripada versi GT-R 2012 yang kini menampilkan reka bentuk sarang lebah.

Bahagian antara diffuser dan lampu belakang telah direka semula dengan lampu kabus lebih besar menjadikannya kurang tirus berbanding model sebelumnya.

Tip ekzos kereta ini kini datang dengan kemasan titanium terbakar, manakala tempat duduknya diberikan sepasang kerusi bucket karbon dari Recaro.

R35 menggunakan enjin 3.8 liter VR38DETT twin-turbo V6 buatan tangan sama seperti sebelum ini yang mengeluarkan 570 PS bersama tork 637 Nm.

Ia kemudiannya disambungkan kepada transmisi dwi-clutch 6-kelajuan dan menghantar kuasa kepada keempat-empat roda melalui sistem ATTESA ET-S AWD.

Setakat ini, masih tiada tarikh tepat pelancaran model ini di Filipina, namun kalau harga pun boleh bocor, nampaknya pelancarannya di Filipina bakal menjelang tidak lama lagi.

BACA >>> Jepun Lancar 8 Varian Nissan GT-R (2023), Termasuk Versi NISMO
BACA >>> LEGO Nissan Skyline GT-R (R34) Dipandu Brian O’Conner di Pasaran 1 Januari 2023

SUMBER: AutoIndustriya

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Filipina, Nissan Autohub, Nissan GT-R 2024, R35

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev