• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Sita 14 'Kereta Sapu' di Lapangan Terbang Langkawi

JPJ Sita 14 'Kereta Sapu' di Lapangan Terbang Langkawi

May 8, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBANYAK 14 'kereta sapu' disita kerana menawarkan perkhidmatan kereta sewa secara haram di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) dalam operasi dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semalam.

Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, tindakan itu diambil dalam operaso pemeriksaan melibatkan 44 kenderaan, termasuk kereta sewa pandu sendiri, teksi dan e-hailing.

Kami mempergiat penguatkuasaan terhadap Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) yang beroperasi di LTAL menerusi Ops Khas KPA selama tiga hari berakhir hari ini (semalam). Kenderaan disita kerana menyalahi Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010," katanya.

Menurutnya, dalam operasi membabitkan risikan dan penyamaran itu, 15 teksi dan e-hailing turut diperiksa dan didapati mematuhi peraturan ditetapkan.

Operasi ini membabitkan 15 pegawai dan anggota JPJ dari pelbagai negeri dalam usaha memastikan undang-undang penggunaan kenderaan awam dipatuhi sepenuhnya. Jadi, orang ramai yang mahu berkunjung ke pulau ini untuk menyaksikan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023(LIMA '23) bermula 23 Mei ini akan guna kenderaan awam berlesen," katanya.

Lokman berkata, JPJ juga sentiasa melaksanakan strategi advokasi bagi membudayakan pematuhan undang-undang jalan raya, dan seterusnya mengekang isu penipuan kepada pelancong yang berkunjung ke Langkawi.

BACA >>> JPJ Didakwa Mahu Lucut Hak Milik Lori Sita, Walaupun Denda Sudah Bayar
BACA >>> JPJ Bakal Dapat Seragam Baharu dengan Ciri Keselamatan Khas

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: e-Hailing, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Kereta Sapu, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, prebet sapu, Teksi, Ulat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my