• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Inilah 5 Sebab Kenapa Anda Wajib Ke Ducati Penang

Inilah 5 Sebab Kenapa Anda Wajib Ke Ducati Penang

March 15, 2017 By Abang GYL 2 Comments

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Ducati PenangKHAS buat pemilik motosikal Ducati di utara tanah air. Anda patut rasa bertuah kerana memiliki fasiliti servis selepas jualan terbaik di Pulau Pinang.

Umum ketahui servis selepas jualan adalah ‘senjata’ utama kejayaan sesebuah produk atau jenama. Tiada guna produk bagus tetapi servis selepas jualan 'suck'.

Produk haruslah seiring dengan servis selepas jualan. Jika kedua-duanya ada, kami yakin ia akan sukses.

ducati penangItulah pendekatan yang diambil oleh Ducati Penang dengan mengutamakan pelanggan. PanduLaju bersama rakan media lain baru-baru berkesempatan melawat Ducati Penang turut terkejut dengan pendekatan yang diambil. Biarpun hanya bergelar 'pengedar', inisiatif yang diambil oleh Ducati Penang jauh lebih bagus.

Bagi yang bercadang mahu membeli motosikal berkuasa tinggi dari Itali itu, Ducati Penang adalah tempat paling sesuai. Nak tahu kenapa? Inilah 5 sebab kenapa kami syorkan anda ke Ducati Penang.

ducati penang1. PUSAT SERVIS 5 BINTANG

Buat pertama kalinya di Malaysia, Ducati Penang menawarkan perkhidmatan servis pintu ke pintu secara percuma.

Selepas membuat temu janji, tim Ducati Penang akan datang ke rumah anda untuk mengambil motosikal dan menghantar semula selepas siap.

Ini bermakna anda tidak lagi perlu menghabiskan masa untuk menunggu di pusat servis sehingga motosikal siap. Paling penting, perkhidmatan ini diberikan secara percuma buat semua pemilik Ducati.

ducati penang2. MEKANIK & STAF BERPENGALAMAN

Demi kepuasan pelanggan, kesemua mekanik wajib menjalani latihan di Thailand. Begitu juga jurujual berpengalaman yang sedia membantu anda.

ducati penang
ducati penang

3. TUNGGANG UJI

Sebanyak enam unit Ducati disediakan untuk pelanggan yang berminat untuk ditunggang uji. Antaranya Ducati Multistrada Enduro, 959, 821, Scambler, Hypermotard dan xDiavel.

4. BANTUAN PINJAMAN

Untuk memudahkan pelanggan, Ducati Penang bekerjasama bersama Aeon Credit dengan menawarkan pinjaman untuk pembelian motosikal Ducati. Dalam erti lain, proses pembelian motosikal menjadi mudah dan cepat.

ducati penang5. LAYANAN VIP

Lebih menarik, Ducati Penang turut menawarkan servis tambahan kepada pelanggan yang jarang menunggang motosikal mereka.

Pengurus jualan bersama juruteknik akan ke rumah pelanggan untuk melakukan pemeriksaan. Tujuan utama Ducati Penang berbuat demikian ialah untuk memastikan jentera pelanggan sentiasa berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk dibawa pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, servis ini hanya ditawarkan di kawasan Pulau Pinang saja dan ia adalah percuma.

ducati penangKEPUASAN PELANGGAN DIUTAMAKAN

Menurut Pengarah Urusan Ducati Penang, Kheoh Hock Seng, pihaknya sangat menitik beratkan aspek servis selepas jualan dan kepuasan pelanggan harus diutamakan.

" Kami sememangnya memberi tumpuan penuh kepada servis selepas jualan kerana ia adalah tunjang utama bagi sesebuah jenama. Untuk itu kami sudah memperkenalkan servis pintu ke pintu secara percuma.

" Selain itu, kami sudah mengatur pelbagai aktiviti menarik sepanjang tahun ini bersama pemilik-pemilik Ducati di utara tanah air selain merapatkan hubungan silaturahim sesama mereka.

" Kami berharap pelanggan dapat terus memberi sokongan kepada Ducati Penang," katanya lagi ketika program Ducati Penang Heritage Ride 2017 bersama media baru-baru ini.

Program Ducati Penang Heritage Ride 2017 turut dijayakan dengan sokongan daripada Canon Malaysia, Allianz dan Aeon Credit.

GALERI

Ducati Penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang

Related

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ducati, Ducati penang, ducati pulau pinang, Kheoh Hock Seng

Comments

  1. Alam Bakar Shah bin Abdul Rahman says

    June 4, 2018 at 9:26 AM

    Why all the Ducati having a same problem?. It's hard to start when the engine hot.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev