• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Didakwa Mahu Lucut Hak Milik Lori Sita, Walaupun Denda Sudah Bayar

JPJ Didakwa Mahu Lucut Hak Milik Lori Sita, Walaupun Denda Sudah Bayar

May 5, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


SERAMAI 35 pekerja syarikat pengangkutan jentera berat tidak menyangka lori muatan berat yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) lima bulan lalu bakal dilucutkan hak milik.

Penyelia, yang juga wakil pekerja syarikat berkenaan, P Thanaseelan berkata, walaupun pihak syarikat sudah membayar denda atas kesalahan membawa lebih muatan batu dan pasir dari satu kuari di Rawang, tetapi semua 16 lori yang disita tidak diserahkan semula.

Beliau tidak faham alasan JPJ Putrajaya masih lagi menyita lori berkenaan dan memberi alasan melucut hak milik kenderaan berat tersebut.

Kita sudah bayar duit denda atas kesalahan yang dilakukan. Duit itu pun kami susah payah nak dapatkan. Kami gadai emas, kami pinjam dengan kawan-kawan untuk bayar saman itu. Tapi, lori tak lepas lagi. Pihak JPJ bagi alasan nak tuduh kami atas satu kesalahan lagi.

"Berapa kali kami nak dituduh di mahkamah atas satu kesalahan? Jadi, kita buat laporan polis untuk mendapatkan keadilan."

Thanaseelan berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di Kuala Lumpur, hari ini. Menurutnya lagi, setiap lori yang ditahan JPJ dikenakan denda sebanyak RM25,000.

Ketika ini syarikat masih terpaksa membayar ansuran bulanan lori tersebut sebanyak RM5,000 kepada bank sedangkan kenderaan itu tersebut masih disita JPJ.

Kami mengaku kesalahan yang dilakukan dan pihak syarikat sudahpun bayar. Kami betul-betul minta tolong sebab pada masa ini kita betul-betul tengah susah.

Kami driver (pemandu) tiada kerja. Kami minta pihak-pihak yang berkenaan tolonglah kami, tolonglah kami…Lepaskanlah lori-lori itu untuk kami buat kerja dan teruskan kehidupan kami. Kami kini tengah merana."

Thanaseelan turut meminta Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook membantu menyelesaikan masalah dihadapi.

BACA >>> Brek Gagal Fungsi Punca Lori Pasir Undur, Rempuh 8 Kenderaan Belakang di Rawang
BACA >>> JPJ Bakal Dapat Seragam Baharu dengan Ciri Keselamatan Khas

SUMBER: MalaysiaGazette

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Denda, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, lori, lucut hak milik, Saman, sita

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my