• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skuter Elektrik BMW CE 04 (2023) Berharga RM59.5k di Malaysia, Ansuran Bulanan RM728!

Skuter Elektrik BMW CE 04 (2023) Berharga RM59.5k di Malaysia, Ansuran Bulanan RM728!

May 4, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


BMW Motorrad Malaysia akhirnya mengumumkan harga jualan asas skuter elektrik pertama jenama itu, BMW CE 04 (2023) yang ditawarkan pada harga RM59,500.

Bayaran ansuran bulanan skuter itu bermula serendah RM728 dengan pelan pembiayaan BMW Group Financial Services Malaysia dengan anggaran pembiayaan Balloon Financing sebanyak 80 peratus untuk tempoh empat tahun.

Skuter gaya futuristik itu didatangkan dengan waranti dan program bantuan jalanan selama tiga tahun. Berikut perincian BMW CE 04 (2023):

  • Berwarna Light White (putih) dengan pelana apung hitam kusam.
  • Fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang yang diposisikan sebelah kiri yang dipautkan pada swingarm sebelah.
  • Sistem brek cakera kembar pada roda depan, dan cakera tunggal di belakang.
  • Rim aloi 15 inci dengan tayar saiz 120/70 (depan) dan 160/60 (belakang).
  • Sistem lampu LED penuh untuk lampu utama (tinggi dan rendah), lampu signal belok dan lampu brek.
  • Ada teknologi Lampu Utama Adaptif Pro dengan tambahan lampu siang (DRL) dan lampu aluan Welcome & Good Bye.
  • Unit motor magnetik dengan sistem penyejukan cecair dipasang bawah frem antara pek bateri dan roda belakang bagi membantu menurunkan pusat graviti.
  • Trenkuasa menghasilkan kuasa 31kW (41.4hp) dan tork 62Nm.
  • Pecutan 0-50kmj sepantas 2.6 saat, manakala kelajuan maksimum dihadkan 120kmj.
  • Pek bateri litium-ion 60.6Ah (8.9kWh) dengan jarak tunggangan maksimum 130km.
  • Bateri boleh cas semula menggunakan soket rumah, kotak dinding (wallbox) atau stesen cas awam.
  • Jika bateri kehabisan kuasa, masa mengecas kadar maksimum mengambil masa empat jam 20 minit menggunakan output standard 2.3kW.
  • Pengecasan pantas pula mengambil masa 1 jam 40 minit menggunakan output 6.9kW.
  • Ada empat mod tunggangan: ECO, Rain, Road dan Dynamic.
  • Dilengkapi teknologi BMW Motorrad Integral ABS Pro sebagai standard.
  • Panel meter TFT digital berwarna 10.25 inci dengan aplikasi navigasi dan BMW Motorrad Connected.
  • Ada port USB, soket kuasa 12V, dan ruang simpanan helmet.
  • Sistem penghidup menggunakan kunci pintar. Juga disediakan bantuan undur sebagai ciri standard.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW CE 04 (2023), BMW Group Financial Services Malaysia, BMW Motorrad Malaysia, roda2, skuter elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my