• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / John Surtees - Satu-Satunya Juara F1 dan 500cc Meninggal Dunia

John Surtees - Satu-Satunya Juara F1 dan 500cc Meninggal Dunia

March 13, 2017 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


KHABAR duka buat peminat sukan permotoran, John Surtees baru saja menghembuskan nafas terakhir, Jumaat lalu pada usia 83 tahun. Bagi yang belum tahu, Surtees ialah satu-satunya pelumba yang menjadi juara dalam kejohanan perlumbaan dunia membabitkan jentera dua dan empat roda, iaitu motosikal dan kereta.

Menurut keluarga Surtees dalam satu kenyataan, mendiang meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat penyakit berkaitan pernafasan yang dihidapinya.

Mengimbas semula karier Surtees, beliau ialah juara Formula Satu (F1) 1964 mewakili Ferrari dan sebelum itu pernah merangkul empat kali gelaran juara dalama Kejohanan 500cc (sekarang MotoGP) pada 1956, 1958, 1959 dan 1960.

Kami amat sedih atas kehilangan seorang lelaki yang luar biasa, baik hati dan penyayang serta meraikan kehidupannya yang menakjubkan. Beliau ialah contoh sebenar tentang seseorang yang sentiasa mendesak diri hingga ke kemuncak dan seseorang yang terus berjuang sehingga ke akhir hayat."

- Kenyataan keluarga Surtees

Surtees meninggalkan balu, Jane dan dua anak perempuannya, Leonora dan Edwina. Satu-satunya anak lelaki beliau meninggal dunia pada 2009. Selain terkenal dengan keberanian dan kesungguhan dalam litar, Surtees juga akan diingati sebagai salah seorang pelumba berbakat dan versatil sepanjang zaman.

KARIER LEGENDA

John Surtees menunggang jentera MV Agusta dan memenangi TT Isle of Man 1958.
John Surtees menunggang jentera MV Agusta dan memenangi TT Isle of Man 1958.
JOHN SURTEES
JOHN SURTEES

Surtees memulakan karier dalam dunia motosikal pada 1949 sebagai penumpang kepada bapanya yang ketika itu adalah antara pelumba motosikal-sisi (side-car) terkenal. Beliau kemudian menunggang untuk Norton dan MV Agusta. Sebagai tambahan kepada gelaran juara 500cc, beliau sebelum itu terlebih dahulu memenangi tiga gelaran 350cc. Malah, turut menjadi pelumba pertama memenangi perlumbaan jalanan Senior TT Isle of Man di Britain sebanyak tiga kali berturut-turut.

Beliau kemudian menyertai lebih 100 perlumbaan F1 dan memenangi enam daripadanya dengan mewakili pasukan Ferrari, Cooper dan Honda. Semasa 1970-an, beliau memainkan peranan dalam merekabentuk, membina dan berlumba mewakili pasukan sendiri, Team Surtees F1, F2 dan F5000.

DUNIA SUKAN PERMOTORAN BERKABUNG

John Surtees bersama jentera Ferrari 158 di GP Niemiec pada 1964
John Surtees bersama jentera Ferrari 158 di GP Niemiec pada 1964
Foto AP/Alastair Grant
Dua legenda dua zaman, John Surtees dan Valentino Rossi (kanan)
Foto AP/fail
Foto John Surtees bersama Enzo Ferrari

Sebagai tanda berkabung, Ferrari memuat naik gambar hitam-putih Surtees di Twitter yang beraksi di sebelah pengasas pasukan Enzo Ferrari dengan mesej;

Legenda sukan permotoran dan Juara Dunia 1964 dengan Ferrari, John Surtees meninggal dunia. Ingatan kami adalah bersama keluarga mendiang."

- Twitter Ferrari

Sementara itu, pemandu F1 daripada pasukan Mercedes, Valtteri Bottas sempat mengirim mesej Tweeter;

Berita sedih hari ini. Sangat hebat berjumpa anda legenda. RIP (berehatlah dengan tenang) John Surtees."

Juara F1 1996, Damon Hill pula berkata melalui Tweeter;

Seorang lelaki yang sangat baik. Kita sudah kehilangan seorang legenda sukan permotoran sebenar yang hebat. RIP John."

Laman rasmi MotoGP juga tidak ketinggalan mengucapkan takziah atas pemergian Surtees dengan mesej;

Sangat dukacita mengetahui tentang John Surtees, satu-satunya individu yang memenangi kejuaraan #MotoGP dan #F1, sudah meninggal dunia pada usia 83 tahun."

SUMBER: Fox News

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, F1, Ferrari, Formula Satu (F1), John Surtees, John Surtees meninggal dunia, legenda sukan permotoran, MotoGP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev