• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Modenas Dominar 250 (2023) Lancar di Malaysia Autoshow 2023 Minggu Ini?

Modenas Dominar 250 (2023) Lancar di Malaysia Autoshow 2023 Minggu Ini?

May 2, 2023 By Shawkath Leave a Comment

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA yang kata Modenas asyik memberi fokus kepada jenama Kawasaki hingga membuatkan Bajaj 'merajuk'. Jika benar, rajuk itu mungkin tidak berpanjangan kerana Modenas akan meluaskan tawaran siri Dominar di pasaran tempatan dalam masa terdekat.

Khabarnya, Modenas bakal memperkenalkan streetbike Dominar 250 (2023) dan majlis pelancarannya akan berlangsung sempena Malaysia Autoshow 2023 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang di Selangor minggu ini.

Modenas Dominar 250 (2023) - 1
Modenas Dominar 250 (2023) - 0
Modenas Dominar 250 (2023) - 2

Streetbike suku liter itu dijangka ditawarkan sebagai produk pemasangan tempatan (CKD) yang membuka peluang lebih luas kepada pengguna tempatan menaik taraf motosikal sedia ada dengan pilihan lebih mampu milik.

Di India, Bajaj Dominar 250 ditawarkan dalam tiga pilihan warna: Citrus Rush (kuning), Sparkling Black (hitam) dan Racing Red (merah).

Modenas Dominar 250 dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 248.77cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 26.6hp @ 8,500rpm dan tork 23.5Nm @ 6,500rpm, manakala kotak gear jenis klac manual 6-kelajuan dengan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S).

Sistem suspensi dipasang fork terbalik (USD) 37mm dengan jarak travel 135mm dan monoshock Nitrox boleh laras. Sistem henti menggunakan brek cakera tunggal 300mm (depan), dan cakera tunggal 230mm (belakang) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Rim aloi bersaiz 17 inci dan dibalut tayar 100/80 (depan) dan 130/70 (belakang).

Model ini memiliki dimensi panjang 2,156mm, lebar 836mm dan tinggi 1,112mm, manakala jarak roda 1,453mm dengan jarak tinggi bumi 157mm. Berat kasar 180kg dan tinggi pelana 800mm.

Kapasiti tangki minyak 13 liter dan lampu utama LED diberikan ciri nyala automatik.

BACA >>> Bajaj Lancar Dominar 400 Versi Tourer, Harga Mula RM11.9k!
BACA >>> Bajaj Dominar 250 Lancar di Thailand dengan ABS, Klac A&S, Harga RM13k

Modenas Dominar 250 (2023) - 0
Modenas Dominar 250 (2023) - 1
Modenas Dominar 250 (2023) - 2
Modenas Dominar 250 (2023) - 3
Modenas Dominar 250 (2023) - 4
Modenas Dominar 250 (2023) - 5
Modenas Dominar 250 (2023) - 6
Modenas Dominar 250 (2023) - 7
Modenas Dominar 250 (2023) - 8
Modenas Dominar 250 (2023) - 9
Modenas Dominar 250 (2023) - 10

Related

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autoterkini, bajaj modenas, Modenas, Modenas Dominar 250, roda2, Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev