JIKA ke Thailand, anda bukan sahaja dapat meneroka pemandangan atau pengalaman baharu, tetapi silap hari bulan anda boleh terserempak kelibat Honda Civic 1.5 VTEC Turbo Hatcback kerana model itu kini sudah pun dijual secara rasmi di sana. Sebagai makluman, Thailand juga ialah negara Asean pertama menerima Civic Hatchback dan mungkin antara segelintir negara dunia yang menjualnya secara rasmi.
Dari segi luaran, Honda Civic Hatchback nampak saling tidak tumpah dengan Honda Civic Sedan, tetapi masih ada bezanya. Persamaan paling jelas ialah lampu utama, cermin dan garis badan yang menjadi identiti Civic baharu. Namun, penampilan lain seperti bampar depan dan belakang menunjukkan perbezaan ketara dengan corak lebih agresif.
Sesuai dengan bentuk badan hatchback, struktur bukaan but belakang direka secara menaik dengan diserikan dua spoiler, satu di atas yang separas bumbung dan satu lagi di tengah pada hujung but yang nampak 'comel' merentasi cermin belakang berserta set lampu brek ketiga.
SPESIFIKASI HONDA CIVIC HATCHBACK THAILAND
- Enjin 4-silinder, 16 Valve, 1.5L DOHC VTEC TURBO.
- Transmisi Pembolehubah Berterusan (CVT) dengan teknologi Earth Dreams.
- Kuasa maksimum 173hp pada 5,500 rpm; Tork maksimum 220Nm (1,700 - 5,500 rpm).
- 112mm lebih pendek berbanding sedan (4,518 / 4,630 mm).
- Kapasiti but: 414 liter (sedan, 519 liter).
- Ruang but lebih luas berbanding sedan apabila kerusi dibaringkan.
- Sistem infotainment Advanced Display Audio dengan paparan 7-inci bersama ciri Bluetooth, USB dan Apple CarPlay.
- Penghidup enjin kawalan jauh.
CIRI KESELAMATAN
- 6 beg udara
- Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA)
- Bantuan Mula Daki (HSA)
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD)
LAIN-LAIN
- Kamera Belakang Pelbagai Sudut
- Brek Parkir Elektrik
- Brek Pegun Automatik - Auto Brake Hold
- Signal Henti Kecemasan (ESS)
- Kunci Automatik Walk Away
WARNA PILIHAN
- Midnight Burgundy Pearl (ungu)
- White Orchid Pearl (putih)
- Crystal Black Pearl (hitam)
- Modern Steel Metallic (kelabu)
- Lunar Silver Metallic (perak)
HARGA
- 1,169,000 baht (RM147,214)
Setakat ini, Honda Malaysia tidak merancang untuk membawa masuk Honda Civic Hatchback melainkan ada permintaan kuat. Jadi, harapan yang ada adalah melalui ejen-ejen kereta import.
Leave a Reply