• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Saman Ubah Suai Motosikal Akan Naik, Pengusaha Bengkel Juga Tidak Lepas

Saman Ubah Suai Motosikal Akan Naik, Pengusaha Bengkel Juga Tidak Lepas

April 20, 2023 By Sharil Leave a Comment

37
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KETUA Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain mendakwa tambahan prosedur dan hukuman menyeluruh melibatkan kegiatan samseng jalanan di bawah Seksyen 81(1) Akta Pengangkutan Jalan 1986 perlu dibuat dalam usaha membanteras kegiatan tersebut hingga akar umbi.

Menurutnya, itu adalah antara perkara dirumuskan dalam mesyuarat perancangan strategi memerangi lumba haram dan mat rempit peringkat Kontinjen Pulau Pinang bersama beberapa jabatan dan agensi.

Mohd Shuhaily berkata, mesyuarat itu turut merumuskan peranan jawatankuasa pencegahan dan penguatkuasaan perlu diteruskan serta dipertingkat dengan menambah baik beberapa perkara seperti perundangan mengenai lumba haram.

Kami bersetuju untuk pihak berkuasa menambah baik prosedur dan hukuman di bawah Seksyen 81(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu supaya tindakan lebih ketat dikenakan kepada mat rempit dan pengubalan undang-undang khusus ke atas ibu bapa, penjaga (pesalah samseng jalanan) dan penonton."

Beliau turut bercadang menaikkan kadar saman ke atas modifikasi motosikal dan menggubal undang-undang supaya tindakan boleh diambil ke atas bengkel ubah suai komponen, struktur dan asas kenderaan.

Semua cadangan itu akan diserahkan kepada pihak atasan iaitu pembuat dasar di Putrajaya, dan seterusnya dibawa ke peringkat Parlimen untuk dikuat kuasa supaya tindakan tegas dapat diambil ke atas mat rempit dan samseng jalanan.

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, senjak penubuhan jawatankuasa memerangi kegiatan mat rempit Julai tahun lalu, pihaknya mendapati kegiatan itu semakin berkurangan, tetapi tiada lagi aktiviti lumba haram dalam skala besar di Pulau Pinang.

Menurutnya, sejak Julai hingga 18 April tahun ini, seramai 76 mat rempit berusia 16-36 tahun ditahan polis dan 5,009 saman dikeluarkan dalam 206 operasi dijalankan seluruh Pulau Pinang.

Setakat ini terdapat 13 lokasi hotspot yang kerap geng mat rempit jadikan tempat mereka berlumba haram dan pihak polis sentiasa melaksanakan operasi berterusan di kawasan berkenaan dalam usaha membanteras kegiatan itu," katanya."

Pihak polis juga berkolaborasi dengan USM dalam membuat kajian bagi memerangi gejala mat rempit di peringkat akar umbi dan beliau percaya penglibatan agensi lain juga diperlukan dalam usaha membanteras kegiatan tersebut.

BACA >>> Wheelie Punya Pasal, Mat Rempit Baju Sekolah Sonic Kena Tahan Polis Pendang
BACA >>> Mat Rempit: Saya Buat Macam Ni Sebab Style,

SUMBER: Bernama

Related

37
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: JPJ, Ketua Polis, Lumba Haram, mat rempit, PDRM, Pengusaha Bengkel, Pulau Pinang, Saman Ubah Suai Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev