• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MB Johor Minta Buka Kaunter Penuh CIQ Hadapi Aidilfitri, Belum Cekap 100 Peratus

MB Johor Minta Buka Kaunter Penuh CIQ Hadapi Aidilfitri, Belum Cekap 100 Peratus

April 19, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


TAHAP kecekapan operasi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) menjelang Aidilfitri tidak lama lagi baru mencecah 80 peratus dan diharap dapat mencapai tahap 100 peratus.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kecekapan operasi optimum perlu bagi memastikan pergerakan pengembara berjalan lancar, sekali gus mengurangkan kesesakan laluan darat antara Malaysia dan Singapura melalui Tambak Johor.

CIQ ini adalah tersibuk di dunia dan bakal menjadi lebih sibuk selepas ini. Dari segi pencapaian hari ini saya tengok, ia belum lagi berada pada tahap 100 peratus. Bagi saya baru 80 peratus dari segi kecekapan.

Onn Hafiz berkata, semua kaunter melibatkan laluan pejalan kaki, kereta, motosikal dan bas perlu dibuka sepenuhnya. Jika ada masalah teknikal mesti diselesaikan segera, termasuk masalah melibatkan kekurangan tenaga kerja.

Beliau turut berharap komitmen perkara tersebut dapat diberikan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh yang baru dilantik menerajui agensi tersebut pada 22 Mac lalu.

Saya menjemput Ketua Pengarah Jabatan Imigresen baharu untuk datang ke sini (CIQ BSI) secepat mungkin bagi melihat kaedah terbaik untuk kita meningkatkan lagi tahap kecekapan operasi di kompleks ini kerana saya dan rakyat Malaysia berharap dapat beroperasi secara penuh.

"Kita juga mengambil berat kebajikan petugas imigresen yang sedang bertungkus lumus menghadapi peningkatan jumlah pengembara. Saya juga dapat laporan kadang-kadang tuntutan kerja lebih masa pegawai dan anggota mengambil masa terlalu lama untuk diselesaikan, saya harap dapat diatasi segera dalam tempoh sehari dua ini," katanya.

Pada Jumaat lalu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mendakwa kira-kira dua juta kenderaan dijangka memasuki Johor, termasuk melalui laluan darat antara Malaysia dan Singapura melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) sempena Aidilfitri ini

BACA >>> Kerajaan Johor Akan Bina Parkir Motosikal Tambahan Sebelum Masuk Singapura
BACA >>> Saksikan Kastam Filipina Musnahkan McLaren 620R Baharu yang Diseludup

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bangunan Sultan Iskandar (BSI), CIQ, Datuk Kamarul Zaman Mamat, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Kompleks Kastam, MB Johor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapakah Lintasan Pejalan Kaki Ada Warna Putih dan Kuning?
    #TahukahAnda: Kenapakah Lintasan Pejalan Kaki Ada Warna Putih dan Kuning?
  • #Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium atau Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    #Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium atau Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev