• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki V-Strom 250SX (2023) Lebih Murah Berbanding Versys, CRF250 di Indonesia

Suzuki V-Strom 250SX (2023) Lebih Murah Berbanding Versys, CRF250 di Indonesia

April 19, 2023 By Shawkath Leave a Comment

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Indomobil (Suzuki Indonesia) secara rasmi mengumumkan harga motosikal advencer sport Suzuki V-Strom 250SX, iaitu Rp59.5 juta (RM17,660).

Pengumuman harga itu meletakkan Suzuki V-Strom 250SX sebagai motosikal advencer 250 Jepun paling murah di pasaran Indonesia walaupun masih bukan termurah dalam segmen.

PERBANDINGAN HARGA PESAING

  • Honda CRF250 Rally (CBU Thailand) - Rp92.93 juta (RM27,710)
  • Honda CRF250L (CBU Thailand) - Rp79.9 juta (RM23,830)
  • KTM Adventure 250 (CBU India) - Rp79 juta (RM23,560)
  • Kawasaki Versys-X 250 - Rp71.2 juta (RM21,230)
  • Suzuki V-Strom 250 SX (CBU India) - Rp59.5 juta (RM17,740)
  • Benelli TRK 251 - Rp57.616 juta rupiah (RM17,180)

PERINCIAN SUZUKI V-STROM 250 SX

Rekabentuk Suzuki V-Strom 250 SX (2023) mengambil ilham Suzuki V-Strom 800 dan 1050 XT yang direka untuk tunggangan bandar dan off-road ringan.

Suzuki V-Strom 250SX (2023) dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 249cc SOHC penyejukan minyak (SOCS) dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 26.5hp @ 9,300rpm dan tork 22.2Nm @ 7,300rpm.

Transmisi klac manual 6-kelajuan. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna: Champion Yellow (kuning), Pearl Blaze Orange (jingga) dan Glass Sparkle Black (hitam).

Suspensi fork teleskopik 41mm di depan, dan monoshock boleh laras prabeban 7-tetapan (belakang). Saiz rim 19 inci (depan) dan 17 inci (belakang) dengan tayar dwi-guna MRF buatan India.

Sistem brek cakera tunggal 310mm (depan), dan cakera 240mm (belakang) dengan kaliper Bybre seta turut dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

Kapasiti tangki minyak 12 liter. Juga ada gad tangan dan soket kuasa USB untuk mengecas telefon pintar atau peranti navigasi. Sistem lampu jenis LED untuk lampu depan dan belakang, manakala lampu signal belok jenis mentol halogen.

Suzuki V-Strom 250SX - 0
Suzuki V-Strom 250SX - 1
Suzuki V-Strom 250SX - 2

SUMBER: Kompas | GridOto

Related

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Motosikal Adventure, roda2, Suzuki Indomobil, Suzuki Indonesia, Suzuki V-Strom 250 SX (2023), Suzuki V-Strom 250SX

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev