• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Porsche 911 GT3 Cup Pasukan Sime Darby Racing Guna Liveri Batik

Porsche 911 GT3 Cup Pasukan Sime Darby Racing Guna Liveri Batik

April 18, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PORSCHE Malaysia dengan Sime Darby Auto Performance (SDAP) akan menyertai saingan Porsche Carrera Cup Asia (PCCA) 2023 menerusi Pasukan Sime Darby Racing.

Tim itu mendapat bantuan rakan teknikal Porsche, Earl Bamber Motorsport (EBM). Pelumba muda Malaysia, Nazim Azman pula akan memandu jentera pasukan tersebut.

Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 5
Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 3

LIVERI BATIK

Pasukan Malaysia akan beraksi menggunakan kereta 911 GT3 Cup yang dihiasi liveri corak batik dan bersaing dalam kategori PCCA PRO.

Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter menyatakan pemilihan liveri batik itu dibuat menerusi satu pertandingan. 

MALAYSIA DAPAT PENGHARGAAN

Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 0
Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 1

Malaysia diberi penghormatan membuka tirai musim perlumbaan PCVA ke-20 edisi 2023 diikuti Korea, Jepun, Thailand, Singapura sebelum berakhir di Porsche Motorsport Asia Pasifik di Shanghai, China.

Siri one-make itu menetapkan standard teknikal yang sama untuk setiap pasukan, dan jentera GT3 Cup generasi ketujuh itu dibina berasaskan model 992 (generation 911). EBM akan memberi sokongan teknikal kepada Pasukan Sime Darby Racing sepanjang musim PCCA 2023.

Christopher Hunter berkata:

Penyertaan kami dalam Porsche Carrera Cup Asia tahun ini menggariskan komitmen kami terhadap DNA sukan pemotoran Porsche sejak sekian lama.

"Porsche Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan program pemanduan trek pelanggan, dan kami mempunyai sejarah yang panjang dengan Earl Bamber di atas trek."

"Kami yakin dengan prestasi kami untuk musim yang akan datang ini terutama sekali dengan adanya kerjasama
mantap daripada Earl Bamber Motorsport dan Nazim.”

"Kami berbesar hati dapat terus menyokong bakat teknikal muda tempatan dengan pemindahan ilmu menerusi kerjasama Porsche Motorsport Asia Pacific bagi meningkatkan lagi kepakaran teknikal mereka dalam sukan pemotoran."

Pengarah Urusan Porsche Motorsport Asia Pasifik, Alexandre Gibot berkata:

Kami gembira kerana dapat membawa pelumba Porsche yang bersemangat dari segenap rantau untuk bersama-sama dalam Porsche Carrera Cup Asian musim baharu ini.

"Kami juga sangat teruja kerana dapat melihat pasukan lumba Malaysia yang diwakili oleh Porsche Malaysia turut serta dalam perlumbaan musim ini.

"Kami berbesar hati kerana Nazim Azman menjadi sebahagian daripada program pembangunan PCCA Talent Pool, dan kami tidak sabar untuk melihat beliau berlatih bersama-sama juara perlumbaan Porsche.”

Nazim Azman berkata:

Saya berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Porsche Malaysia dan Earl Bamber Motorsport untuk mewakili Pasukan Sime Darby Racing di Porsche Carrera Cup Asia 2023.

"Memandangkan ini adalah kali pertama saya berlumba menggunakan kereta GT semusim penuh, saya percaya bahawa peluang ini akan meluaskan lagi pengalaman dan pengetahuan saya dalam perlumbaan GT."

JADUAL AKSI

Perlumbaan musim ini akan bermula di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) membabitkan Pusingan 1 dan 2 pada 28 hingga 30 April 2023.

Siri PCCA akan menjelajah ke rantau Asia sebelum kembali ke Malaysia untuk Pusingan 9 dan 10 (25 hingga 27 Ogos 2023) serta Pusingan 3 Siri Kejohanan Malaysia di SIC.

Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 6
Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 2
Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 4
Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 5
Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 3
Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 0
Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 1
Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 12
Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 13
Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 14
Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 15
Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 16
Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 17
Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 21
Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 23
Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 24
Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 25
Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 27
Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 28
Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 29
Pasukan Sime Darby Racing 2023 - 30

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Earl Bamber Motorsport (EBM), Nazim Azman, Porsche Carrera Cup Asia (PCCA) 2023, Porsche Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev